Sabtu, Jun 13, 2009

Alhamudillah...

Alhamdulillah.. tanggal 3 Jun 2009, satu-satunya abang ku selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya... Syukur segalanya berjalan dengan lancar...

Tapi aku sedih sangat sebab satu-satunya abangku dah jadi milik org lain.. susah la aku nak bermanja, bergurau senda, bergaduh n nak 'menyusahkan' dia lps ni.. nape cepat sangat masa berlalu.. usia ku pun dah meningkat..

Yang aku tak suka, bila abangku dah kahwin, semua pakat dok tanya bila lak majlis ku,.... ni yang benci ni.. macam dh xde soalan lain nak tanya..bila aku akan kahwin agaknya ya????



kepada sesiapa yang telah datang ke kenduri di rumahku pada 7 jun 2009, terima kasih banyak2 diucapkan.



setakat ini dahulu coretan ku pada kali ini.. sebab nak out dulu, nak p ronda2 penang, release tension sat... bye..

Insyaallah keluaran akan datang, aku akan siarkan gambar masa majlis perkahwinan tu lak.,...

AKHIRNYA....

Akhirnya aku kembali membuka blog ini... setelah sekian lama aku tidak membukanya... Saat ku melakar coretan ni, aku sedang di dalam keletihan kerana baru selesai kenduri di rumah ku... kenduri sape erk??? aku kot....

Sekarang dah masuk bulan Jun, maknanya lagi dua bulan aku akan mengahadapi satu lagi majlis.... berdebar tak terKIRA... Ye la..makna nak fikir soal baju, soal duit dan segala persiapan lain lagi...

susahnya hidup ni... nak fikir soal kerja lagi... Sentuh bab kerja ni, sekarang aku berkerja sebagai R.A(research assistant) kat Pusat Arkeologi USM.. setiap hari bermain dengan tulang2, batu, cengkerang... penat tapi menyeronokkan... sayang nak tinggalkan kerja ni...

tapi aku nak kerja apa nanti??? segalanya akan berkahirnya... ada sape2 tahu kerja kosong???

Sabtu, Mei 02, 2009

SELAMAT TINGGAL.......

Selamat tinggal usm,
selamat tinggal desasiswa fajar harapan,
selamat tinggal dewan2 kuliah,
selamat tinggal semuanya yang pernah mengamit memori.....

Entah bila lagi kite berpeluang merasainya lagi....
kite rindukan suasananya....
kite xmahu lagi tinggalkan tempat ini...
kita belum bersedia... kenapa masa cepat berlalu??

1 Julai 2006, first time kite menjejakkan kaki ke Pulau Pinang dan pertama kali melangkah masuk ke USM.. Pelbagai perasaan yang melanda diri ku..
GEMBIRA sebab dapat datang ke Pulau Pinang,ke USM...impianku tercapaii... SEDIH sebab terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang.. Walau sebelum ku merantau ke rumah kakak kat KL,berpisah dengan ma dan abah, tapi x seperti datang sini.. dan juga sedih sebab tiada kawan yang ku kenal di sini.. semua dapat kat tempat lain..TAKUT.. dapat ke aku menjalani kehidupan di sini, bergaul dengan orang sini??? RISAU...dapat ke aku hadapi semua ini seorang diri , keluarga jauh disisi..... TETAPI alhamdulillah akhirnya aku dapat menghadapi segala cabaran, dugaan, dan segala-galanya sehingga kini..

Pelbagai memori tercipta di sini.. sama ada manis mahupun pahit.. ku telan jua.. USM ni awalnya mencipta kenangan manis padaku tetapi membawa kepada kenangan pahit..sungguh pahit sehingga tak terduga dek akal ku.. namun begitu, alhamdulillah USM juga memahat memori indah bagiku...

Di USM, terjadi pertemuan dan perpisahan yang tak kusangka.. Pertemuan antara dua insan...kawan dan seseorang...tapi di sini juga perpisahan yang tak di duga berlaku. seperti mana pertemuan yang tak di minta begitu juga perpisahan yang tak dipinta.. Mengapa ianya harus terjadi???

Mungkin ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku..mungkin .,..pertemuan dan perpisahan lumrah kehidupan. Ku dapat mengenali ragam manusia di sini..kekecewaan melanda diriku di sini..hatiku dipermainkan di sini..kesedihan menyelubnugi ku di sini tetapi kerna usm jugalah menjadi landasan pengantara ku mengenali seorang insan yang baik.. yang cuba untuk menghapuskan duka di hatiku..

Kini ku terpaksa melangkah keluar dari sini demi kejayaan..AKu akan rindukan USM dan akan terus ku kenang dalam memori ku... 3 tahun sudah berlalu... cepat or lambat..pasti akan tiba jua...dan harus diterima walau tak inginkan..

Jika 1 Julai 2006 ku melangkah kaki buat pertama kali di USM.. hari ini 2 Mei 2009 ku terpaksa menlangkah keluar dari desasiswa fajar harapan.. bermakna tamat sudah pengajianku selama 3 tahun di USM ni..Entah bila lagi akan ku bergelar pelajar khususnya di USM ni...

KESEDIHAN.....perlu untuk memperolehi..... KEGEMBIRAAN....

Khamis, April 30, 2009

COKLAT (III)

KANDUNGAN COKLAT

ALMOND
keperibadian yang dinamik. kamu akur pada perubahan. kejayaan adalah matlamat utama dalam agenda kehidupan. Kamu juga tergolong antara individu yang gemar menolong. Biasanya masalah teman-teman dan keluarga mampu kamu selesaikan. walau bagaimanapun kamu perlu berhati-hati bila memberikan perhatian terhadap individu yang memerlukan itu kerana dikhuatiri kamu akan memberi perhatian secara berlebihan.

KARAMEL CAIR
kamu yakin dan percaya pada kemampuan diri sendiri. tanpa banyak bicara, semua tugasan yang kamu perlu selesaikan pasti berjaya direalisasikan dengan baik.selain itu, kamu juga seorang yang murah hati.kamu gemar berbelanja dan gemar menawar diri untuk membuat kerja-kerja amal.kamu juga dikategorikan antara individu yang rambang mata terutama ketika membeli belah

KARAMEL KERAS
selain pandai menjaga hubungan dengan orang lain, kamu juga seorang yang berdisplin dan jujur.istilah terlambat memang tidak termaktub dalam kamus hidup untuk bekerja, semua yang diraih adalah hasil kerja keras kamu. sayangnya, kamu sering tak menghiraukan pendapat orang lain yang kadang-kalanya boleh diterima pakai.

HAZELNUT
kamu adalah pencinta alam. keharmonian alam yang terjaga membuatkan fikiran kamu tenang. sayangnya, kerana kamu terlalu dekat dengan alam membuatkan kamu menjadi seorang yang pemalu. tidak hairanlah bila kamu sering dikata pemalu oleh teman-teman. cubalah bersosial, kamu pasti lebih bahagia.

KACANG TANAH
bagi kamu, semua perkara dalam hidup ini tidak perlu dibuat susah. kamu sudah cukup bahagia dengan hidup yang kamu jalani. sayangnya, kadang-kadang kamu akan berasa kesepian di dunia kecil yang kamu ciptakan sendiri. cubalah sesekali meluangkan amsa dengan teman-teman yang lain. pasti kehidupan kamu akan jadi lebih bermakna.

PUDINA
hari esok harus dihadapi dengan semangat tinggi. kamu yakin dengan apa yang kamu lakukan. kamu adalah individu yang tidak pernah ketandusan idea. kamu tidak pernah membataskan kehidupan kamu dengan peraturan. melainkan yang kamu buat sendiri.

COKLAT (II)

APA YANG KAMU BUAT PADA PEMBUNGKUS COKLAT??

DIRAMAS
jika kamu meramas coklat dan kemudian gemar meramas-ramas kertas pembalutnya sebelum dibuang ke dalam tong sampah, bererti kamu tergolong antara individu yang tidak suka terlibat dalam masalah cinta. fikiran kamu yang sering berkecamuk membuatkan kamu sukar memberikan konsentrasi terhadap sesuatu perkara. Tidak hairanlah jika pasangan kamu sering mengeluh dengan sikap kamu.

DILIPAT
jika kamu gemar melipat-lipat pembalut coklat, bererti kamu seorang yang rapi dan bersih. Hidup kamu teratur dan begitu juga dengan pemikiran kamu. Dalam bercinta, kamu selalu mengikut mood. Ha, tak baik macam tu. Kamu perlu lebih bijak mengimbangi emosi kamu.

DIBENTUK BOLA
jika ada yang membuat pembalut coklat itu menjadi bola dan memainkannya di meja, mungkin kamu sedang bosan dengan kehidupan cinta kamu bersama pasangan. Ada baiknya kamu berbincang dengan pasangan kamu itu mengenai perhubungan kalian berdua. Kalian perlu lebih berfikiran terbuka untuk menerima teguran dan kekurangan diri masing-masing bagi tujuan kebaikan dalam perhubungan.

DIKOYAK-KOYAK
jika koyakkan pembalut coklat kamu itu agak panjang, bererti kamu seta dalam percintaan dan jika sebaliknya kamu tergolong antara individu yang sukar bertahan dengan pasangan kamu. kadangkala kamu berfikiran agak cetek kerana kamu berpendapat masih banyak hal-hal menarik yang boleh kamu dapatkan dari yang lain. Hati, hati!!

DILICINKAN
kamu seorang yang romantis terhadap pasangan. kamu suka membelai kerana pada kamu, belaian jemari kamu itu itu mampu memperlihatkan rasa cinta dan kasih terhadap pasangan. kamu mementingkan keromantisan dalam perhubungan.

DIGULUNG
kamu boleh digelar sebagai penyelamat cinta! suka mencampurkan urusan percintaan orang lain. bagi kamu, perhubungan cinta kamu sudah cukup bahagia!! kamu tidak boleh berfikiran sedemikian. hakikatnya kamu perlu menumpukan perhatian terhadap hubungan cinta kamu sendiri agar lebih subur dan mekar berpanjangan!!

COKLAT (I)

Post kali ini masih membincangkan mengenai coklat.. Saya pasti ramai yang meminati coklat kan... Bila anda menikmati coklat, yang mana satu pilihan anda??/ warna putih, hitam atau campuran?? Di sini saya nak kongsi sedikit pengetahuan di sebalik makna coklat, tapi jangan percaya bulat-bulat ya..

COKLAT WARNA PUTIH
kamu memiliki semua kekuatan untuk menakluki dunia. Sayangnya kadang kala kamu seakan ragu untuk membuat keputusan. Padahal, jika kamu tahu apa yang ingin kamu capai pintu kejayaan terbuka untuk kamu.

COKLAT SUSU
kamu suka kepada keindahan dan peka terhadap apa yang kamu lihat. Bagi kamu, mengenang masa lampau dan mengingat kembali saat-saat indah sewaktu kecil mampu membuat semangat kamu berkobar-kobar.

COKLTA HITAM (GELAP)
kamu berpandangan jauh. Pandangan dan cadangan yang kamu kemukakan selalunya 'up-to-date'. kamu sentiasa berusaha untuk tampil lain dari yang lain. Selain itu, kamu juga gemar mengumpul barang-barang pemberian orang.

COKLAT CAMPURAN (SEMUA RASA)
kamu seorang yang fleksibel. Kamu tergolong antara individu yang kaya dengan wawasan, mudah bagi kamu mengikut peredaran zaman.kamu tidak diri kamu jauh tinggal di belakang.

COKLAT GAMBARKAN KEPERIBADIAN???

BENTUK COKLAT PILIHAN KAMU..

BULAT
pengemar coklat berbentuk bulat menunjukkan dia seorang yang menggemari kehidupan sosial. Individu yang tergolong dalam kelompok ini memiliki ramai kawan kerana sikap mereka yang memang peramah dan mudah didekati. Selain itu, kamu juga tergolong antara pendengar yang baik sehingga ada yang menjadikan kamu sebagai tempat curahan rasa hati. Sayangnya, kerana terlalu ingin menyenangkan hati orang lain kamu sering terjebak dalam masalah mereka sehingga kamu sendiri lupa masalah peribadi kamu sendiri masih belum diselesaikan lagi. Kamu juga tergolong antara individu yang tidak setia dengan pasangan kamu. kamu dikatakan gemar 'cuci mata'.

OVAL
kamu tergolong antara individu yg bijak bergaul. jaringan pergaulan kamu adalah amat meluas kerana kamu mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja walau dlm apa jua keadaan. idea-idea yg lahir dr pemikiran kamu memang boleh diterima pakai dan sememangnya bernas! kamu juga berwawasan tinggi dan ini disanjungi oleh teman-teman sekeliling. Dalam perhubungan pula, kamu tidak ragu-ragu untuk mencari teman baru sekiranya si dia dirasakan agak membosankan.

KOTAK
Setia, gemar merendah diri dan romantis adalah sifat kamu. Kerana sikap romantis kamu itu, tidak hairanlah pasangan kamu akan tetap setia di sisi kamu. Kamu memiliki daya konsentrasi tinggi dlm bekerja dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi wawasan diri. Tetapi sekiranya ada konflik melanda, kamu terlalu mudah melatah! ada kalanya kamu seakan cuba lari dari berhadapan dengan masalah... kamu tiada inisiatif untuk cuba menyelesaikannya...

SEDIHNYA........

Mengapa perpisahan ini berlaku??? Mengapa setiap permulaan pasti ada pengakhiran??? Mengapa setiap pertemuan pasti ada perpisahan???? Aku tak rela.. aku x inginkannya....YA ALLAh... Kau tabahkan lah hati hambamu ini... Sesungguhnya aku tak tabah mengahdapinya nya... Kau berikan aku ketabahan untuk aku teruskan perjuangan hidup ini...

hari ini, 29 april 2009, maka tamat sudah la, exam aku.. Lepas tamat paper globalisasi tadi, bermacam perasaan melanda diri ini... aku sedih bangat.. tamat exam ni, bermakna aku akan tinggalkan usm ni xlama lagi... AKu tak mahu lagi.. aku belum puas lagi berada di sini... Jika dulu aku rasa lama berada di sini, tapi sekarang aku belum bersedia untuk melangkah pergi..

tapi aku harus pergi demi berjuang hidup ku pula.. Harap2 lepas aku akan perolehi kerja yang baik.. Atau mungkin aku masih berpeluang berada di sini?? Bergantung pada takdir...

Tapi aku sedih sebab lepas ni dah xde kelas,tutorial, assigments, exam dan juga kawan2... Entah bila lagi dapat merasainya...Kawan??? TAPI yang aku paling gembira aku xakan jumpa si dia yang ku benci... Betul ke ku gembira???

Isnin, April 27, 2009

BOHSIA!!!!!!

25 April 2009 - Semalam aku dan temanku p tonton filem Bohsia yang baru sahaja berada di panggung 2 hari lepas. Kami memilih tayangan larut malam.Agak ramai jugak yang pergi menonton tetapi tidak la sampai memenuhi panggung itu. Pelbagai kemungkinan yang boleh dibuat bila panggung tersebut tidak penuh.. Maybe sebab kaki wayang tidak gemar menonton felim melayu, atau disebabkan mempunyai hal, ataupun mungkin disebabkan hujung minggu terdapat siaran langsung perlawanan bola sepak antara negeri kelantan dan selongar serta MU lawan pe entah... but so k..

Berbalik kepada filem Bohsia.. Jalan cerita yang ok, ku kira cerita ini ok seperti filem Kl Drift tetapi yang tak bestnya adalah endingnya yang seakan-akan tergantung.. Menyebabkan banyak pengakhiran yang boleh disimpulkan..

Cerita ini bermula dengan adegan mat-mat rempit sedang berlumba di jalan raya dan lepas itu terjadi perbal;ahan antara Tasha dengan emi.. Berakhir dengan penangkapan geng mus dan pembunuhan ayah Emi serta perbalahan antara 2 beradik... Endingnya agak tergantung.. Menyebabkan kita terpaksa berfikir..(bukan tidak mahu berfikir tetapi masalahnya terdapat banyak jawapan yang boleh dihasilkan).. Saya rasa sinopsissnya tidak perlu la saya ceritaklan di sini.. Anda semua patut p menonton nya.. Memang berbaloi berbanding p tonton Jangan btegur minggu lepas.

Dari segi mutu dan jalan cerita agaka bagus, dialog2 yang mampu mengundang ketawa penonton disokong p[ula dengan alunan muzik dan lagu yang menarik menjadikan cerita ini menarik.. Cuma lakonan para pelakon masih bvoleh dibaiki lagi...

BOHSIA.... Jalan pilih jalan hitam sememangnya memaparkan kosah benar yang terjadi di dunia realiti anak-anak muda, khusunya di kalangan mat-mat rempit.... Walaupun tidak banyak aksi rempit ditonjolkan tetapi kita mampu memahami cerita ini..

kepada anda semua terutama golongan muda, jangan la pilih jalan hitam walau kita dari latar belakang yang susah atau mempunyai sejarah hitam.. Jangan cemarkan hidup kita dengan perkara-perkara seperti ini... Ingat masih banyak cara lain untuk mengatasinya...

JANGAN PILIH JALAN HITAM SEBALIKNYA BERFIKIRLAH CARA MATANG....

Sabtu, April 25, 2009

PERHATIAN !!!!!!!

Tolong sebarkan if korang semua sayangkn ISLAM!!!!

write 'makkah' but don't write 'mecca' coz 'mecca=house of wine'...

write 'muhammad' don't write 'mohd' coz 'mohd = dog with a big mouth '...
write Allah s.w.t' dun '4jji' coz '4jji' = for judas jesus isa almasih...

perkataan BYE adalah jarum sulit kristian yang BERMAKSUD di bawah naungan pope..

JANGAN gunakan A'KUM sebab ia BERMAKSUD binatang dalam bahas yahudi..

SEMEKOM pulak bermaksud celaka kamu....jadi GUNAKAN perkataan SALAM as a singkatan bagi assalammualaikum...

tolong foward pada umat islam yang laen..UNUK ELAKKAN DARI DIRI BUAT DOSA YANG TAK DISENGAJAKAN..

TOLONG SEBARKAN..klu nk beli alquran..yg dicetak edisi bru..hati2..cuz ade yg palsu 1-surah al iman 2-surah al wasaya 3-al tajasud n 4-al muslimun..

Isnin, April 20, 2009

JANGAN TEGUR... why???

19 April 2009 - Hari ini aku dan temanku pergi menonton filem Jangan Tegur yang sudah berada di panggung pada 9 April lalu.. Agak ramai gak yang p tengok cerita ini.. Al maklum la hujung minggu.. Pada malam tersebut ramai penonton yang berkeluarga yang p menonton.. Ini menunjukkan yang dah berkeluarga pun mahu meluangkan masa bersama-sama dan turut merasai keseramannya.. apa yang aku melalut ni..

Berbalik kepada cerita jangan tegur, diakui cerita ini memang agak seram seperti jangan pandang belakang dulu. Para pelakon seperti elly suriati, nadia mustapa memang diakui keberkesanannya. syabas diucapkan..mereka sememangnya pelakon berbakat..

TApi disebalik kesraman cerita ini terdapat kelucuan. Mengapa, ini disebabkan beberapa adegan dalam cerita tersebut mengundang ketawa para penonton. Memang riuh gelak penonton hari tu.. entah la cerita seram ke cerita lucu??

Jangan Tegur mengisahkan kehilangan Baizura selepas dirawat dari kerasukan. baizura telah hadir dalm mimpi dan hidup natasha yang mengalami koma akibat kemalangan.. Setelah sedar, natasha terus dihantui dengan bayangan baizura dan boleh nampakmakhluk2 halus..

Apa sebenarnya yang terjadi kepada Baizura?? Mengapa Natasha yang mendapat mimpi tersebut?? adakah ia satu petunjuk misteri kehilangan baizura?? Adakah ianya berkaitan dengan Mak su??

satu adegan yang mencuit hatiku ialah, adegan yang seorang ustaz di goda oleh Natasha yang telah dirasuk dan bertukar identiti.. Agak kelakar.. Nak tahu?? tonton la sendiri

Apa2 pun cerita ini memang menarik walau terdapat beberapa kelemahan... Kepada semua kaki wayang, nantikan filem BOHSIA pada 23 April ini ......Tapi just tonton dan jadikan iktibar jangankita turut jadi Bohsia..

Ahad, April 19, 2009

CINTA....

"Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk" - Pepatah Belanda

Adakah apa yang dimaksudkan oleh pepatah Belanda ini, betapa cinta itu meragut segenap kudrat manusia yang memulakan cinta? Manusia sering menderita tanpa cinta, namun orang yang diberi cinta dan kasih sayang itu akan berbahagia. Lapar dan dahaga, menagih cinta berupaya melemahkan mental dan fizikal manusia.

*****************************************************************************
Justeru:"Cinta ialah penyakit" - Taufiq Al-Hakim

Cinta itu boleh jadi suatu penyakit juga. Apabila perasaan yang lahir dalam jiwa manusia ini berupaya memudaratkan pemiliknya. Betapa bahayanya cinta itu, seperti racun berbisa yang boleh dijadikan penawar. Cinta itu paling berbahaya jika tidak terbalas. Justeru cinta apakah yang paling selamat? Sudah semestinya cinta kepada Yang Esa.

******************************************************************************
"Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga" - Pepatah Inggeris

******************************************************************************
"Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya" - Hamka

Pun begitu, cinta itu tetap adalah pelengkap kehidupan yang paling indah. Betapa hebatnya cinta itu sehingga apabila kita mencintai seseorang itu, kita lupa atau seakan-akan tidak merasai kekurangannya. Hal ini diperkuatkan lagi dengan pepatah berikut:

"Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta" - Pepatah Greek

"Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat" - Pepatah Jerman

****************************************************************************

Sesungguh cinta itu juga dapat menjadikan sesuatu yang mustahil itu sebagai realiti. Seorang manusia sanggup berjalan beribu-ribu batu semata-mata untuk menemui orang yang dicintainya, disayanginya. Seorang manusia sanggup bekerja siang dan malam demi memberikan kehidupan yang bahagia untuk orang yang tersayang. Betapa cinta itu mampu mencipta ruang kejayaan.
****************************************************************************
"Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap" - Peribahasa Mexico

Namun sejauh mana manusia mula mengenal cinta? Adakah cinta itu masih muda? Cinta itu wujud sebelum kewujudan manusia.

"Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta." -Muttanabi

Bicara Bahagia (I)

{Sekali terluka bukan bererti selamanya menderita.
Kelukaan hari ini adalah untuk seribu kebahagiaan pada hari esok...insyaAllah!!}


Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta
sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui.


Seumpama rama-rama, terbang bebas di udara tanpa ada halangan. Aman damai suka-suka, riang ria tanpa ada rasa duka sengketa, rama-rama. Ekspresi dirimu menawan hatiku, ingin aku terbang bersamamu. Melihat kerenah melihat telatah, manusia yang sering terlaga. Ekspidisi ini bagai tiada henti, kan menjadi antologi diri. Terhentilah mimpi terhapuslah sepi, sanubari yang lebih berani. Terminal yang pasti satu fitrah hati, kerana yang sejati tiada kekal lagi. Terbanglah ke sini mencari abadi, terbanglah ke mari mencari hakiki. Seumpama rama-rama, melewati panorama yang penuh warna warni. Taman bunga taman damai, dengan aksi lincah berputik hidup yang harungi, rama-rama

Kasih Ummi, Ibu, Mama, Mami, Bonda

Saya fikir ramai di kalangan anda sudah membaca kisah ini.. Tapi, entah tiba2 hati ni terasa nak post cerita ni.. mungkin sebab dah nak habis belajar kat usm ni, so tu yang teringat akan pengorbanan abah and ma.. just nak kongsi cerita ini terutama bagi yang bergelar anak.

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u ummi'



MA.. ABAH.. ANAKMU INI MERINDUIMU SENTIASA DAN TIDAK AKAN SESEKALI MELUPAKAN AKAN JASA DAN PENGORBANAN KALIAN SELAMA INI DALAM MELAHIRKAN, MEMBESARKAN, MENJAGA, MELAYAN KERENAH KU SEPANJANG MASA.. TERIMA KASIH AYAH BONDA... TERIMA KASIH KERANA MEMBENARKAN KU MENGHIRUP UDARA DI MUKA BUMI INI....

'HAYATILAH KRISTAL KITA'

ILMU... APA ITU ILMU????

Apa itu ilmu?? Sejak dari kecil sehingga dewasa, malah sehingga ke peringkat akhir dewasa kita sebagai manusia akan menimba ilmu. Sama ada secara formal atau tidak formal mahupun secara langsung atau tidak langsung kita memperolehi ilmu dalam kehidupan sehari..Apa itu ilmu sebenarnya.. Tentu kita semua tertanya-tanya kan.. So, setelah menjalankan pencarian di website, dapatlah sedikit info mengenai ilmu daripada pakar motivasi..

Ilmu itu ialah APA yang kita tahu. Maklumat ialah BAHAN untuk ilmu. Dalam setiap pertukaran ilmu, ada penghantar dan penerima. Yang menghantar kerjanya memberitahu, menyampaikan. Penerima mengambil dan mungkin memprosesnya menjadi ilmu.

Otak kita boleh menerima jumlah maklumat tersebut dengan pelbagai cara mengikut kemampuan masing masing. Bandingan jenis otak yang mudah ialah:
*Otak cawan
*Otak telaga dalam
*Otak kerongkong


Otak cawan menerima maklumat seperti mana kita mencurah air ke dalamnya. Ada had dan limpahan selebihnya tidak berguna langsung.

Maknanya otak itu punyai had menyerap maklumat dan menyimpan ilmu. Jika sampai tahap maksima, otak itu sudah padat. Dengan terus mencurah masuk lagi maklumat adalah ibarat mencurah air ke daun keladi. Buang masa sahaja.

Otak Telaga Dalam membolehkan anda terus menerus memasukkan maklumat tanpa had.

Otak Kerongkong akan menerima maklumat sehingga satu tahap yang boleh membawa kesakitan kepada penerimanya, yakni penerimanya akan keliru. Lagi banyak dicurah semakin kelirulah jadinya.


Mungkin hamba Allah itu fikir dia sudah faham subjek yang sedang dipelajarinya sedangkan lagi banyak disumbat ke dalam kerongkongnya akhirnya dia akan tercekik. Lagi banyak disumbat bertambahlah deritanya. Sila rujuk nasib pelajar yang terpaksa disumbat maklumat Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.


Otak jenis mana yang anda milikki? Anda bertuah jika punyai Otak Telaga Dalam, kerana boleh serap banyak maklumat tanpa had. Jika anda rasa semakin banyak anda baca, semakin anda jadi keliru, ertinya anda punyai Otak Cawan atau jika anda sudah sasau kerana terlalu banyak membaca, mungkin otak anda jenis kerongkong.


Biasanya kita punyai Otak Cawan. Ada had tertentu yang menasabah. Segala maklumat yang kita serap diproses menjadi ilmu dan lama kelamaan membentuk pendapat dan sikap. Dengan terbentuknya sikap, jika ada maklumat baru, sikap itu bertugas sebagai penapis yagn mungkin menangkis maklumat yang tidak perlu.

ILMU... APA ITU ILMU????

CINTA ADALAH SATU PERASAAN ANUGERAH TUHAN

MUTIARA KATA_KATA CINTA ini saya ambil dari keratan akhbar kosmo pada bulan februari 2009 tak silap.. Saya suka menyimpan keratan ini sebegini sebab keratan ini dapat dijadikan panduan sebagai seorang insan...

ORANG bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah sendi segenap keutamaan di dunia ini. Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur. Orang yang bercinta tidak pernah khianat kepada orang yang dicintainya, tidak pernah menyakiti dan tidak pernah mengecewakan.

Filem Mohabbatein memaparkan bagaimana kekuatan cinta berjaya menundukkan ego seorang ayah dan sekali gus seorang pengetua yang membenci cinta.

Cinta memang perasaan yang menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yang sentiasa baru dari zaman ke zaman dalam hidup manusia. Lebih daripada itu, cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini.

William Shakespeare pernah berkata: "Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu.

Ya, hampir semua manusia pernah hidup di bawah langit cinta. Ia mempesona dan mewarnai pelbagai wajah. Ia menghiaskan kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta itulah madunya.

"Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya," demikianlah kata-kata orang bijak yang memang kita percayai dan tersemat dalam jiwa kita yang terdalam.

Namun ingat bahaya cinta: cinta monyet ialah cinta keanak-anakan, cinta palsu sekadar basa-basi atau penghormatan, cinta saku merosak saku menguras wang. Oleh itu, 'bercintalah' dengan sepenuh hati kerana cinta sejati sajalah yang akan menghasilkan cita-cita luhur dan abadi. Cinta sejati memang tidak terungkap dengan kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan 'pencintanya'. Kata-kata cinta itu memang indah, bernas, klasik, segar dan menyentuh perasaan dan ini mengingatkan kepada sebuah karya lama yang amat berharga hasil penyelanggaraan Allahyarham A. Karim Abdullah.

Allahyarham atau lebih akrab semasa hayatnya dengan panggilan Bung Karim sebelum pemergiannya telah mengumpulkan koleksi mutiara kata berkaitan cinta lalu menghasilkan Yang Bernama Cinta, satu buku yang comel dan bermakna yang harus dimiliki oleh sesiapa saja yang pernah bercinta, yang pernah luka kerana bercinta, yang sakit dipanah cinta, yang berbahagia kerana cinta dan yang asyik memburu cinta.

Yang Bernama Cinta itu menghimpunkan 508 entri mutiara kata-kata berkaitan cinta yang memang kaya dengan falsafah dan fikiran dan amat wajar sekali untuk dibuat renungan sebagai panduan dan sempadan dalam melayari hidup yang bernama cinta ini.

Bak kata Mawar Shafei, dalam kata pengantar buku ini, "Yang Bernama Cinta merupakan hasil kerja yang bersungguh dan penuh upaya hasil daripada pembacaan dan pengalaman yang luas. Ternyata upaya Allahyarham Bung Karim begitu bersifat merata - daripada latar politik kepada kesusasteraan, kebudayaan dan kini kepada koleksi mutiara kata."

Memang dalam Yang Bernama Cinta ini terhimpun kata-kata keramat tokoh-tokoh agama, sasterawan dan sarjana Timur dan Barat dalam mengungkapkan kata-kata cinta yang cukup padat, dalam dan bermakna. Ada ayat terpilih daripada al-Quran dan hadis. Ada sedutan daripada genre kesusasteraan yang pelbagai - novel, drama dan puisi. Ada juga cuplikan kata daripada Hamka, William Shakespeare, Rabindranath Tagore, Leo Tolstoy, Goethe, dan lebih dari itu ia turut memuatkan puisi Kekasih nukilan Allahyarham Usman Awang.

Kata Mawar Shafei lagi, "Yang Bernama Cinta disaring daripada dekad-dekad kehidupan yang rencam. Ia diterjemahkan daripada orak-arik kehidupan yang dialami dan diperhati. Makna cinta itu ternyata disaring dan diterjemah daripada pelbagai spektrum yang meriah. Ditemui lebih banyak makna cinta. Dikepil sama dalam buku ini beberapa ilustrasi berserta indeksnya, yang diusahakan secara bersungguh lagi halus."

Kehalusan kata-kata cinta dalam buku bukan saja wajar dimiliki tetapi juga sesuai untuk dijadikan 'cenderahati' yang menggambarkan kehalusan dan ketulusan para pemberinya. Buku ini tidak termasuk dalam kategori 'buku mewah' yang sering dibanggakan oleh pemiliknya kerana 'kemewahan' cinta itu mengatasi kemewahan fizikal yang sering ditonjolkan oleh pemiliknya.

Buku ini bukan saja mengungkapkan kata cinta sesama manusia, tetapi juga cinta manusia pada alam, pada Tuhan. Dengan kata lain, Yang Bernama Cinta mengungkapkan pengertian cinta seluas-luasnya. Lihatlah dan renungilah kata-kata Bung Karim sendiri tentang cinta: "Cinta kepada harta bererti bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup, cinta kepada Tuhan ertinya takwa."

Atau renungi pula kata-kata Hamka: "Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan."

Bagi penulis, sentuhan cinta semakin tersengat bahkan amat diperlukan dalam konteks sekarang, memandangkan sentuhan cinta kemanusiaan semakin terhakis dengan berlakunya peristiwa-peristiwa 'mencemaskan' umat manusia seperti keganasan global, perang tanpa henti, konflik antara umat yang mengaku beragama, seolah-olah membayangkan sentuhan cinta sesama manusia telah 'tercabut' daripada jiwa terdalam manusia. Walhal cinta itu adalah jiwa, di antara cinta sejati dengan jiwa tidak dapat dipisahkan, kerana cinta pun merdeka sebagaimana jiwa.

Ia tidak membezakan di antara yang kuat dan lemah, di antara kaya dan miskin bahkan antara darjat dan bangsa. Tetapi inilah yang kita saksikan di merata dunia.

Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan, apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan. Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-Farabi bahawa cinta yang ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu sebenarnya adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang. Bak kata Hamka lagi: "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

Khamis, April 16, 2009

DILEMA ! BILA FAMILI PAKSA SERAH CINTA??

Cinta hadir tanpa dipaksa dan sesiapa sahaja tentunya mempunyai kebebasan untuk memilih pasangan. Namun, masih ada sesetengah ibu bapa yang lebih suka menentukan pasangan kepada anak mereka. Terpulang pada kita, untuk menolak atau menerima pilihan yang telah ditentukan oleh ibu bapa kita. Apa yang penting adalah keserasian..


CARI KESERASIAN
Dalam mencari jodoh keserasian adalah paling utama. Ada yang melihat dari segi cita rasa, minat, hobi dan banyak lagi. Walau bagaimanapun harus diingat, walau kita mempunyai cita rasa yang sama tak semestinya si dia punya keserasian. Seorang ahli psikologi barat, Dr Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga. Terpulang kepada kita hendak percaya atau tidak.


SULUNG – SULUNG
Mempunyai kemungkinan besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dlm menjalani hubungan seperti ini.


SULUNG – TENGAH
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan serasi untuk sesiapa. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sbg yang suka mengertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, dia sering mengorbankan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun jika si tengah cenderung untuk bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.


SULUNG – BONGSU
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajar pasangannya untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.


TENGAH – TENGAH
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yg mereka sukai. Dapat jadi serasi, apabila satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya anak bongsu. Saling melengkapi. Namun anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini boleh menjadi halangan serius dlm berkomunikasi. Jika pandai berkompromi maka cepat selesai.


TENGAH – BONGSU
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yg lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku terutama apabila anak tengah adalah perempuan.


BONGSU – BONGSU
Berhati-hatilah !! bersama pasangan yg seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamnu akan sukar mengawal situasi..

TERENGGANU FEST 2009

4 April- Pada 3 hingga 5 April 2009 telah berlangsungnya Fest Terengganu 2009 di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Pelbagai pameran telah diadakan seperti pameran penyu, songket, peralatan tardisional, makanan tradisional dan banyak lagi..

Di sini kita dapat mengenali pelbagai peralatan tradisional daripada Terengganu seperti gamelan, rebana dan lain-lain. Jualan batik dan makanan juga ada di sini.. Apa yang menariknya kat sini ada terdapat makanan kegemaranku, apa lagi semestinya keropok lekor la kan.. kat sini di jual keropok losong (apa yang bestnya ada lah pencecahnya yang mmm). Ada juga terdapat kerepek, nasi dagang dan macam-macam la.

Dekat fest ini juga, saya dapat melihat sendiri bagaimana songket dihasilkan serta bagaimana tikar mengkuang dianyam.. Satu pengalaman, x rugi singgah sat kat ruang legar Queensbay hari itu.

Malahan, pada sebelah malamnya ada persembahan tarian tradisional dan persembahan artis. artis yang membuat persembahan terdiri daripada artis kerajaan Terengganu, Anis Suraya, Deja Moss dan beberapa orang lagi.. Dah lama tak tengok Anis, memang kemunculannya mendapat perhatiam, almaklumla, dah lama tak tengok ... Tapi aku jelous la dengan penampilan anis yang kurus sangat-sangat...





Dekat fest in jugalah baru saya tahu yang orang ganu kite xpanggil taugeh dengan nama taugeh tapi memanggilnya dengan nama 'camboh'(xtahu ejaan nye cam ne, tapi sebutan nye lebih kurang ni la)..

tapi sayang seribu kali sayang sebab hanya dapat amabik gambar 2 keping sahaja disebabkan telefon kehabisan bateri...

Sebenarnya saya nak komen mengenai tempat fest ini. Walaupun meriah, tapi fest ini tak sesuai diadakan di ruang legar tersebut sebab ruangan tersebut sempit dan pengunjung yang ingin melihatnya tterpaksa berhimpit. Kenapa tak diadakan di luar complex ni jez???

Pe2 kita tunggu kelantan fest lak..harap2 ada le...











Ahad, April 05, 2009

FAST N FURIOUS 4

4 April 2009 - Hari ni aku melepaskan tekanan dengan menonton wayang Fast & Furiuos 4, nama pelakon tu aku xtahu, tapi xpe lah... Asalnya aku temanku nak p ambik angin kat tepi pantai, tapi tiba2 je petang tu hujan, so kami ambik keputusan p tengok wayang kat Queenbay...

Setelah lama berfikir, kitaorang pun setuju nak tengok cite, memang berbaloi la bayar RM 10 seorang untuk filem ni.. memang best sangat.. Lebih2 lagi kitaorang ni memang suka cite-cite aksi cam ni.. So u all, p la tonton nye.. Malam sebelumnya, 3 April 2009 cite fast n furious berape entah ada ditayangkan kat TV 3.

Hari ni memang ramai giler orang beratur nak tengok wayang, maybe hari minggu kot n sebelum tu orang ambil kesempatan mengunjungi fest negeri terengganu yang diadakan kat ruang legar QB kot.. Rata-rata nak tengok filem ni, lebih-lebih lagi filem ni baru ditayangkan pada 2 april. so semua berebut nak tengok la. Kami tonton pukul 9.15 mlm, memang penuh dalam panggung tu.

Pada aku,. cite ni memang best, n rugi sape x tonton.... kesan effect kat panggung lagi best drp kt cd tawww... Lepas ni kita semua tunggu tanyang filem BOHSIA yang dijadualkan tayangan pada 24 April 2009. Tengok iklan die kejap tu, best n menarik je.. so boleh layan..

Untuk fest negeri terengganu tu, meriah gak ditambah kehadiran artis.. Pe2 aku post pada keluaran akan datang sebab aku nak tidoq awal, esok pagi2 nak balik kg.. so lambat sikit la aku dapat post...

(~_*)

Sabtu, April 04, 2009

cinta is love??

Justify Full
Kepada yang masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kau biarkan ia terbang,
ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti.
Tapi cinta itu hanya istimewa apabila
kau berikan cinta kepada
seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .
Cinta bukannya mencari
seseorang yang "SEMPURNA",
tetapi menemukan seseorang yang mampu
menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yang dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tidak berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... luka... hancur.. patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka
sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya,
bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil
dan di hayati sebagai
pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah!
Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil.
Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi
bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat
orang yang kau cintai
berbahagia dengan orang lain,
tetapi akan lebih sakit lagi
apabila mengetahui bahawa
orang yang kau cintai
ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan
bila anda putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi
bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan
apabila Orang yang kau cintai
langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup
ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari
bahawa dia bukanlah jodohmu
dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun
dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan..
aku!
semoga kau tenang dan aman di sana!


CINTA & KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerena CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerena...KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang...
Kenapa??
Kerena... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apa lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari di mana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia....kan ??

so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....
Walau kita punya couple, teman still paling setia.

Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.




[masa berbuka puasa di 'gee tomyam' 2007]

[ selepas bbq di tasik harapan 7/11/07]

[ ani, me, maa ]

frenz never break.........

HARI TERAKHIR ...........



2 April 2009 - Hari ini adalah hari terakhir aku belajar di USM bagi program ijazah sarjana muda...2 April adalah kelas terakhir bagi semester 6 tahun akhir. Sedihnya tak terkata.. Hari ini aku ada dua kelas, pagi kelas dr prema bagi paper work n life dan petang kelas dr zarina, psikologi perkembangan.. Pada awalnya aku malas nak ke kelas, maklum la, xbelajar n kebanyakan kawan-kawan dah balik kampung... tetapi dek kerana boring duk bilik n aku xmahu tinggalkan tempat ni lagi, so aku p jugak..


Mana tau, kelas yang awalnya ceria dengan kerlipan flas kamera menjadi dingin, kaku bila dr prema masuk dan bagi 'ceramah' sikit pasal tugasan, n then dia bagi kata-kata terakhir kepada kami. Masa tu, kesayuan di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.. sedihnya tak terkat... Kenapa begitu cepat masa berlalu.. Aku nak terus di sini lagi.. Aku lihat ma, best frenz ku juga 2x 5 denganku...


(me n maa)

2 April 2009 menjadi tarikh pengakhiran aku belajar di dewan kuliah (lepas ni xtahu lagi, jika ada rezeki, smbung lagi). walaupun malas nak belajar tapi aku belum sedia untuk melangkah pergi dari sini.. Lepas ni sepanjang bulan 4, aku akan bertungkus lumus untuk final exam...
n then lps tarikh 29 april 2009?????? apa akan jadi????? wawawaaaaaaaaa (T_T)......

Rabu, April 01, 2009

CEPATNYA MASA BERLALU....

Cepatnya masa berlalu... jika dulu ketika pertama kali melangkah masuk ke sini, aku betul-betul tertekan, rindukan keluarga, nak balik kampung selalu... tetapi kini...aku xnak lagi melangkah pergi...

aku masih sayangkan tempat ini (USM masih di hati ku)... tak bolehkah dihentikan masa??????

mengapa cepat sangat masa berlalu.. kenapa cepat sangat semester 6 ini??? pejam celik semester 6 bakal tiba ke penghujungnya tetapi perjalanan hidupku baru hendak bermula..

Sesungguhnya aku belum bersedia lagi untuk meninggalkan usm ini.... arghhh tensionnya..sedihnye... kenapa cepat sangat masa berlalu???

Aku mengaku dulu, aku ingin cepat-cepat habiskan study ku, dan pergi dari sini, lebih2 lagi ketika aku amat2 membenci seseorang (mungkin pernah bertahta di hati ini).. tetapi kini walaupun aku masih bersemuka dengannya dan masih tak dapat melupakannya, tapi aku dapat mengawalnya... aku tidak mahu lagi meninggalkan tempat ini..

aku suka life kat penang ni, di tepi pantai... disinari bulan dan bintang di tepi pantai waktu malam..mengamit seribu memori.. Tetapi kenapa ketika memori itu sedang mekar, aku terpaksa melangkah pergi meninggalkan tempat ini...

Kenapa masa begitu cepat berlalu??? tanpa disedari sudah 3 tahun ku berada di USM, Pulau Pinang... Aku ingin terus berada di sini sampai masa yang menentukannya...

Tapi siapalah aku untuk melawan takdirNYA... AKu terpaksa akur dengan suratan. Lambaian USM semakin dekat, tapi bersediakah aku untuk melangkah keluar dan memasuki alam perkerjaan??

Mungkin jika ada rezeki, aku akan terus menyambung pelajaranku USM... tetapi...bernasib baikkah aku???

memang suatu hari aku akan meninggalkan tempat ini bagi masa depanku, tetapi sesungguhnya buat masa ini aku belum cukup bersedia untuk meninggalkan tempat ini... Kenapa masanya sudah tiba??? bulan april sudah menjelma maka segala kenanganku di sini bakal menjadi memori.. entah bila dapat kakiku melangkah masuk sini lagi....

Selasa, Mac 31, 2009

KUASA PENYEMBUH WARNA..

PUTIH
warna putih yang suci memberi perasaan selamat dan keselesaan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Dari aspek psikologi, warna putih boleh membantu membersihkan emosi tidak menentu dan mengalihkan minda kearah yang benar. Pengamal-pengamal meditasi biasanya menggunakan putih bagi menyeimbangkan sikap negative untuk melahirkan kesempurnaan dan kasih saying menyeluruh

Dalam makanan: makana yg sering dikaitkan dengan warna putih termasuk ubi kentang, ayam, ikan , tofu, beras perang organic, bawang putih, keju dan roti


MERAH
warna ini sering kali dikaitkan dengan kuatan daya hidup dan cita-cita tinggi. Juga dikenali sebagai warna ’hangat’, merah menyalurkan tenaga keyakinan dan biasanya menterjemahkan ciri-ciri kepimpinan seseorang. Dari aspek meditasi, merah mampu menyingkirkan sikap pentingkan diri sendiri, agresif dan kemarahan. Meditasi menggunakan warna merah untuk seseorang memberi tumpuan keterujaan. Apabila diaplikasikan di rumah misalnya bilik tidur, ia mungkin berupaya merangsang keghairahan tetapi juga insomnia dan kesukaran tidur. Namun, warna ni sesuai diaplikasikan dalam ruang yang dikhaskan untuk aktiviti fizikal seperti bilik senaman

Dalam makanan: sebagai warna perangsang tenaga fizikal seperti ceri, kubis merah, strawberi, tomato, epal, ubi bit


BIRU
menenangkan dan merehatkan minda. Warna kesukaan ramai. Biru berfungsi memberi perasaan tenang dan membuang segala duka di hati. Berfungsi membuangkan tenaga-tenaga negatif, biru dapat merangsang kepercayaan dan membolehkan anda membuat keputusan yang betul dalam kehidupan. Di rumah, warna ini sesuai digunakan di bilik tidur atau ruang kecil

Dalam makanan: boleh menenangkan tekanan. Antara makanan termasuk beri biru, anggur, plum


OREN
satu warna yang cukup menggembirakan, oren menyeimbangkan tenaga tubuh dan menghilangkan perasaan takut. Ia sebaliknya menggalakkan pertumbuhan idea-idea baru dan merangsang saraf tubuh. Untuk meditasi, warna oren boleh menyingkirkan rasa benci dan rungutan. Di kediaman, bilik yang digunakan sebagai hiburan atau belajar sesuai digunakan.

Dalam makanan: mampu merangsang minda dan menyeimbangkan emosi serta tenaga fizikal. Buah-buahan seperti aprikot, labu, lobak merah, mangga dan kunyit


KUNING
ciri-ciri warna kuning yang terang dan memberi perasaan gembira sudah tentu dikaitkan dengan tahap intelektual dan stimulasi fungsi mental seseorang. Dapat menyingkirkan perasaan depresi dan mengalakkan seseorang. Dapat menyingkirkan perasaan depresi dan mengalakkan sesorang bersikap optimistik. Dalam meditasi, digunaka untuk membuang kritikan negatif dan kesukaran menikmati kehidupan. Di rumah, dihadkan penggunaannya tetapi digunakan di ruang bacaan atau perpustakaan.

Dalam makanan: untuk merangsang semangat dari aspek mental dan fizikal. Buahan atau makanan seperti jagung, telur, lemon, pisang, nanas, prun


HIJAU
hijau adl warna alam dan warna yang melambangkan kasih sayang. Penggunaan warna ini dlam kehidupan seharian boleh merehatkan minda selain menyingkirkan tekanan sistem saraf dan otot. Jika anda impikan keharmonian, kecekapan dan mengasah kesabaran anda, hijau adlh warnanya. Hasad dengki dan rasa tidak selamat boleh disingkirkan menerusi meditasi warna ini. Penggunaan hijau dalam bilik yang memberi suasana rileks seperti bilik tidur atau dapur digalakkan.

Dalam makanan: warna hijau boleh mewujudkan keseimbangan kepada tekanan mental seseorang. Contoh, avokado, kekacang, lada hijau, brokoli, timun, buah zaitun


UNGU
seperti biru yang mendinginkan, ungu merangsang keupayaan seseorang terhadap pengetahuan terpendam. Dikaitkan dengan aspek spiritual seseorang. Dari konteks meditasi, ungu diaplikasikan untuk membuang perasaan geram dan menguatkan intuisi serta rasda tanggungjawab. Sesuai digunakan dalam perpustakaan atau bilik belajar

Dalam makanan: kismis, kurma, rumpai laut, terung

WARNA PELANGI YANG ADA PADA KAWAN

HIJAU – mereka ini adalah orang yang sentiasa melihat sesuatu daripada sudut yang positif. Mereka meletakkan harapan pada segalanya. Mereka memberikan ketenangan pada kita. Dalam keserabutan mereka seolah-olah membawakn kandil

BIRU – mereka datang dengan membawa kedamaian dan rasa tenteram. Mereka adalah warna biru yang selalunya menghiasi langit dan lautan

KUNING – mereka membawa keceriaan dalam hidup kita. Mereka datang dengan membawa pelbagai jenaka yang membuatkan kita tertawa. Mereka juga ibarat bintang yang mengerlip kan hidup kita tatkala kita bersedih

MERAH – mereka selalu mengingatkan kita tentang undang-undang kehidupan dan menyarankan kita berubah tatkala kita lemah dan tiada wawasan. Mereka datang dan membakar semangat kita untuk bangkit dan terus melangkah

OREN – mereka membawa penunu yg sentiasa menghangatkan keinginan kita untuk gemilang dan cemerlang. Mereka memberi kita tenaga dan vitamin untuk berkembang

KELABU – mereka mengajar kita untuk senyap, mendengar dan menerima keadaan. Mereka mengajar kita mengenali diri kita sendiri

UNGU – mereka adalah orang yang datang membawa kepintaran dan kebijaksanaan hinggakan kita turut menjadi pintar dan bijak sebagaimana mereka

COKLAT – mereka membantu kita undur tatkala patut berundur. Mereka memperlihatkan pada kita ilusi yg silap dan kembali berpijak di bumi yang nyata. Mereka juga mengajar kita untuk menikmati hidup seadanya

PUTIH – mereka membantu kita meneroka dalaman kita sendiri, belajar tentang suara hati serta kejujuran yang sedia ada di situ, yang selalu kita terlupa atau terlepas pandang

RAHSIA TARIKH LAHIR..

Tarikh lahir menerangkan siapa kita, apakah kelebihan dan apakah kebolehan kita. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga menjadi satu nombor tunggal..

Contoh: 28 Oktober 1986
28 + 10 + 1986 = 2024
2 + 0 + 2 + 4 = 8

1. KETULENAN
- hadir dengan idea baru
- memperoleh sesuatu dengan cara yang tersendiri
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi
- mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaanya adalah pemimpin atau bos
- bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.


2. PENDAMAI
- Dilahirkan sebagai diplomat
-mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengam,bil kira dirinya sendiri
-secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati
-mereka tidak suka bersendirian
-persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi
-golongan ini secara semula jadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung

3. CERIA
- mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibgawa berunding
- mereka suka memulakan sesuatu tapi jarang dapat menghabiskannya
- mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya
- mereka sangat popular dan idealistik
- golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik

4. KONSERVATIF
- golongan ini sangat peka dan tradisional
- mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin
- mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan
- mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian
- mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar
- mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan ada kala dianggap degil
- mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. PERINTIS
- mereka adalah perintis
- secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta bersemangat (enthusiasm)
- mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat
- dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu drp setiap situasi yg ditempuhi. Persoalan di fikiran tidak pernah berhenti
- golongan ini dnasihatkan untuk melihat sesuatu dgn teliti dan mendapat semua fakta sebelum buat keputusan

6. ROMANTIK
- golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira
- hubungan kekeluargaan yg kuat adl penting buat mereka
- perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka
- mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang
- mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik
- mereka suka seni muzik
- mereka menjadi teman yg setia kpd sesiapa yang menjalin persahabatan yang serius
- golongan ini harus belajar apakah yg boleh diubah dan tidak boleh

7. INTELEKTUAL
- golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yg tersembunyi dan sukar menerima sesuatu perkara dengan mudah
- perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka
- mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi tidak suka dipersoalkan
- mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian
- mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yg baik dlm menyelesaikan masalah
- mereka sangat suka berahsia
- golongan ini hidup dlm dunia mereka tersendiri dan perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar

8. PENYELESAIAN
- golongan ini adalah penyelesai masalah
- mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas
- mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik
- mereka sangat suka mengendalikan manusia
- mereka melihat manusia secara objektif
- mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua
- golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada keperluan orang lain

9. PELAKON
- golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain
- mereka sangat penyayang dan pemurah
- dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun
- mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling untuk memahami mereka
- mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
- mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan
- untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang




Isnin, Mac 30, 2009

KERINDUAN......

Di sini...aku terdiam resah
menghitung memanik rindu
menafsir dedebu kasih

SEBAGAI HAMBA ALLAH
aku rindu limpahan kasih rahmatnya
memohon seberkas ihsan untuk secebis
keampunan
memohon redhaNYA
atas segala
Lantas aku terpaku...
layakkah hamba daif ini dikabul doa???

SEBAGAI SEORANG ANAK
aku rindukan titian kasih sayang
dibanjiri belai kasih tidak bertepi
menjadi penghibur derita dan
penawar nestapa
jua kucuba mengamit redhaNYA
Lantas aku terdiam
merenungi hakikat anak soleh yang
masih kejauhan

SEBAGAI SEORANG SAHABAT
aku rindu untaian mesra
untuk mengundang serantai mesra ukhuwah
bersama mengisi derita jua bahagia
Namun aku tahu..
aku belum mampu menjadi insan bergelar
sahabat sejati

SEBAGAI SEORANG PELAJAR
aku rindukan segumpal kejayaan
agar mampu mengukir senyum juga pengharap
mencipta puas ibubapa tercinta
Jua mengering keringat
jerih perit pun aku cukup mengerti
aku belum bersedia

AKU

aku masih seperti dulu
tidak pernah berteman
sering bersendirian

aku....
masih seperti dulu
bertemankan kesepian
sering keseorangan

aku...
masih seperti dulu
berteman hati dan nurani
bertemankan air mata

aku...
masih seperti dulu
air mata teman setia
hati nurani teman suka
dan duka

aku..
masih seperti dulu
ingin berkawan
namun siapa yang sudi....

KETIKA KAU KATA....(2)

Ketika kau kata kau rindu aku
aku kata ada aku kisah.

Ketika kau kata kau sayang aku
aku kata ada aku kisah.

Ketika kau kata kau cinta aku
aku kata ada aku kisah.

***********************************************

Ketika kau kata kau tak inginkan perpisahan
aku kata ada aku kisah.

***********************************************

Ketika kau bawaku berjumpa keluargamu
aku kata ada aku kisah.

***********************************************

Ketika kau kata kau mahu mengahwiniku
aku kata ada aku kisah.

************************************************

Ketika kau kata hati kau terluka
aku kata ada aku kisah.

Ketika kau kata kau sedang berduka lara
aku kata ada aku kisah.

*************************************************

Ketika kau kata kau tak sayangku lagi
aku kata ada aku kisah.

Ketika kau kata kau sudah ketemu insan lain
aku kata ada aku kisah.

Ketika kau kata kau inginkan perpisahan
aku kata ada aku kisah....

************************************************

ADA AKU KISAH????
YA, aku kisah semua itu..............

MENGAPA aku kata ada aku kisah????

ADA AKU KISAH????
Memang aku kisah.....

Aku kisah dengan segala perhatian dan kasih sayangmu...
aku kisah dengan perpisahan ini....


APA AKU KISAH?????

YA AKU KISAH DENGAN SEGALANYA!!!!!!!!!!

KETIKA KAU KATA....(1)

Ungkapan ini tercetus ketika kite sedang berada di dewan kuliah psikologi, lecturer sedang cakap kat depan, kite berangan..hehehe.. so, jadi lah ia seperti.....


Ketika kau kata kau suka aku;
aku tanya mengapa kau menyukaiku.

Ketika kau kata kau rindu padaku;
aku tanya engapa kau merinduku.

Ketika kau kata kau menyayangiku;
aku tanya mengapa kau menyayangiku.

Ketika kau kata kau mencintaiku;
aku tanya mengapa kau mencintaiku.

Ketika kau membawaku keluar;
aku tanya mengapa kau membawa ku keluar.

Ketika kau menyatakan hasrat ingin mengahwiniku;
aku tanya mengapa kau nak berkahwin denganku.

Ketika kau memujukku;
aku tanya mengapa kau berbuat demikian.

AKHIRNYA...

Ketika aku bertanyamu
kau tanya mengapa aku suka bertanya begitu...
Ketika aku serius denganmu
kau tanya mengapa baru sekarang hatiku terbuka untukmu..,,

Apa yang harus ku jawab????

imaginasi sosial...

apa itu imaginasi sosial??

sebagai seorang ahli sosiologi, perkataan imaginasi sosial sering kali digunakan dan berlegar-legar di fikiran.. tetapi tahukah kita apa erti itu imaginasi sosial???

IMAGINASI SOSIAL
adalah 1 bentuk kemahiran untuk mengenalpasti pengaruh salingan dan pertalian di antara isu awam dengan isu peribadi..

ia melihat pola-pola umum dalam tingkahlaku sesuatu masyarakat..

segala tindakan idea, pemikiran dipengaruhi oleh masyarakat.....

maafkan daku....

sayang..
aku rindu padamu...
aku sayang padamu..
tapi
aku tak mencintaimu..

aku
sendiri keliru dengan perasaanku..
kenapa sukar sekali untukku
membuka pintu hatiku untukmu...
atau..
untuk insan bergelar lelaki...

aku tak merasakan getaran cinta..
atau adakah aku tiada perasaan
untuk bercinta...

aku keliru dengan perasaanku..
tetapi aku tidak tegar untuk melukai hatimu...
kau sungguh baik, tidak sampai hatiku
untuk mengecewakanmu..

aku dah sedaya upaya untuk menyayangimu..
tetapi hatiku masih tiada perasaan CINTA buatmu...

SEPI...

SEPI...
MENGAPA SEPI INI MELANDA DIRI
DI SAAT AKU KESUNYIAN... KESEDIHAN...

SEPI..
BILAKAH KAU AKAN PERGI
MENINGGALKAN AKU...
TINGGALKAN DIRI INI SECEPAT MUNGKIN..

SEPI...
BIARKANLAH DIRI INI DISELUBUNGI KEGEMBIRAAN..
DISELAPUTI KEBAHAGIAAN...

SEPI..
KAU MENGHILANGLAH..
BIARKAN DIRI INI DIPANCARI KEBAHAGIAAN..

TETAPI
BILA KAU MENGHILANG..
AKU MENCARIMU..

DI MANAKAH MU SEPI..
KE MANAKAH KAU PERGI...

SEPI... OH.. SEPI!!!

SEPI... OH... SEPHIA....

SEPHIA JANGANLAH KAU PERGI
TINGGALKAN AKU SENDIRIAN..
TIDAK SANGGUP AKU TERUSKAN KISAH INI..
TANPA DIRIMU SEPI......

TERIMA KASIH TUHAN...

TERIMA KASIH TUHAN
MEMBERIKU NAFAS SEHARI LAGI
BUAT KUBASUH KEPING HATI INI
DENGAN ZIKIR BUATMU
DENGAN RATIB MUNAJAT
AGAR ALPA YANG MERAJA
PUTIH SUCI BERBASUH


TERIMA KASIH TUHAN
MEMBERIKU NAFAS SEHARI LAGI
BUAT KU SAMBUNG TUGAS INI
MENABUR WANGI ILMU DI DADA
UNTUK ANAK BANGSA YANG MASIH DAHAGA


TERLALU BANYAK KAU LIMPAHI KAMI
KASIH SAYANGMU
TERLALU SEDIKIT ANTARA KAMI
SEDARI DAN SYUKURINYA
TERIMA KASIH TUHAN
MEMBERIKU SEKELUMIT SEDAR ITU

Ahad, Mac 29, 2009

BENARKAH LELAKI KINI KURANG KUALITI???

Sebenarnya saya dah menyampah dgn cerita poligami ini, tetapi saya tak mahu terlepas untuk membaca dan mengikutinya. Bukan saya benci cerita yang dipaparkan tetapi dah naik meluat dengan mereka yang terlibat dengan poligami ini...

Terutama sekali saya menyampah dengan suami yang dah beranak pinak tetapi masih nak kahwin lagi. Walaupun Islam menghalalkan, tetapi pada saya mereka yang mengamalkan poligami tidak mengikut sunah nabi. Mereka berkahwin dlebih dari satu semata-mata ikut nafsu. Tetapi mungkin bagi sebahagian orang je la.

Sebab apa saya berkata demikian?? ini sebab ramai lelaki zaman sekarang kurang bertanggungjawab. mereka mahu hidup senang tak mahu masalah dan suka lepaskan apa juga masalah kepada isteri untuk selesaikan.

Pada saya, si wanita tidak akan terjebak dengan suami orang kalau si suami tidak memulakan..

Kesimpulannya, kebanyakan lelaki melayu zaman ini bukanlah ketua dan pemimpin tempat anak isteri bergantung, kerana kebanyakan mereka jenis yang kurang berkualiti. Ini kenyataan bukan pembohongan...

Saya teringat pepatah orang tua-tua zaman dahulu yang mendakwa 'perempuan pisau cukur' tapi zaman sekarang perkataan itu sudah terbalik jadi 'lelaki pisau cukur'.

Sebagai contoh, orang lelaki ini, baru kenal dah pandai minta tolong, mulalah buat muka sedih, cerita masalah itu masalah ini, mulalah minta pelbagai jenis bantuan. Perempuan yang tak sedar diri, bila nampak pak we minta tolong, mulalah sangka lelaki itu sukakannya, mulalah hulur bantuan. Banyak duit ringgit habis pun mereka masih tak sedar diri, hinggalah mereka ditinggalkan kekasih baru menyesal kan.... lumrah kehidupan...

Bayangkan lelaki zaman ini, baru kenal dah mula minta tolong top-upkan telefon, lepas tu mulalah hantar sms je, paling tidak missed call je dan minta kekasihnya yang telefon... Itu baru 2,3 hari kenal..masuk seminggu mula pinjam duit. kalau ajak keluar berjalan minta perempuan belanja.. Konon duit hantar balik kampung kepada emak, tunjuk baik konon.. Tapi sebenarnya nak kebas duit perempuan..

Lagi teruk sudah ada trend lelaki zaman ini, kalau nak kahwin hendak cari gadis ada kerja tetap, gaji lebih tinggi daripada dia supaya dia boleh lepas tangan, tak perlu bagi nafkah kepada isteri, silap-silap isteri boleh tanggung suami sekali..

Zaman sekarang ramai lelaki yang tidak ketahuan hidupnya kalau tak ada isteri. Berbeza dengan wanita, hidup mereka lebih sempurna walau tidak kahwin..

MENGAPA masalah ini berlaku??? pada pandangan saya, ini semua mungkin daripada didikan masa kecil, xpunsebab diri sendiri. Kemungkinan ibu bapa lebih suka memanjakan anak lelaki daripada anak-anak gadis. Bayangkan lealki tak tahu buat kerja rumah, x tahu kemas bilik, rumah, macam-macam lagi la.. Anak-anak perempuan lebih cepat matang, tahu berfikir untuk kepentingan dan keselamatan orang dibawah jagaanya.. Bayangkan kalau lelaki malas nak basuh gelas yang digunakannya!!!!!!.. Tapi tak semua disebabkan didikan. Ada yang disebabkan diri sendir yang terlalu memanjakan dan memalaskan diri..

Bagi perempuan, janganlah mencintai atau bercinta dengan suami orang!!! jangan kerana takut digelar andartu, kita sanggup menerima mana-mana lelaki termasuk suami atau bapa orang.. dan lelaki yang tidak ada pekerjaan tetap.. terimalah lelaki yang dapat menjaga,, menjamin hidup dan melindungi kita walaupun dia hanya bekerja biasa asalkan tetap...

lelaki yang benar-benar sayangkan kita, akan menjaga kita, akan bertanggungjawab bukan sahaja kepada kita bahkan kepada keluarga kita juga..

Pesanan kepada kaum hawa, janganlah buta bila bercinta.. jangan tenggelam dengan janji-janji manis yang digulakan oleh lelaki.. dan merelakan diri diperalatkan untuk kesenangan lelaki..

Mungkin perceraian itu memeritkan, namun ada kalanya perceraian adalah satu permulaan untuk hidup yang lebih baik, yang menderita memang kaum wanita tapi yang benar-benar menerima impak adalah anak-anak...

memang tak semua lelaki melayu macam tu tapi suah nak cari yang benar-benar berkualiti macam zaman dulu... saya tak salahkan lelaki seratus peratus sebab saya juga bakal mendapat pasangan yang terdiri dari kaum lelaki..tetapi sama-sama la kita beringat..

kepada lelaki ubahlah sikap anda...sama seperti kami yang cuba menjadi terbaik...


(satu penceritaan dari penulis di celah-celah kehidupan..)

Jumaat, Mac 27, 2009

WATAK WANITA MELALUI HARI KELAHIRAN


Percayakah anda ada di kalangan kita yang melihat karakter seseorang berdasarkan hari kelahiran mereka. Dari situ, ia akan melihat sejauh mana kesinambungannya dari segi keserasian atau masa depan dan mengambil kira sama ada jodoh mereka boleh berpanjangan atau sebaliknya

Sama ada percaya atau tidak, masing-masing berhak menentukan sikap dan bakal pasangan yang akan memacu perjalanan hidup berdua.Apapun, berikut diperturunkan tafsiran daripada kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita mengenai hari kelahiran mereka sekadar untuk renungan. Jangan terlalu mempercayainya kerana ia mungkin dihasilkan sekadar untuk pembacaan.
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.
KHAMIS
Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi.Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.
JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain. Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.




UNTUKMU PALESTIN....

BUMI PALESTIN DIBASAHI DARAH
NYAWA DAN KEDUDUKAN DIKAUT BERSAMA
MALANGNYA NASIB ANAK-ANAK, IBU DAN AYAH
TERPAKSA DIBEDIL PELURU BERTUBI-TUBI
SABAN KETIKA…

GAZA HANCUR DIBEDIL PELURU
RAKYAT MENDERITA TIDAK TERPERI
KEJAMNYA TENTERA ZIONIS MENGHANCURKAN
NEGARAMU...


TANPA BELAS KASIHAN DAN TIMBANG RASA
MAKA AIR MATA KEHANCURAN DI MANA-MANA
MANUSIA TERPEKIK-PEKIK MEMINTA PERTOLONGAN
DAN PENUH SENGSARA
ANAK YANG TIDAK BERDOSA
MATI DI PUSARA
IBU MENDERITA, MENANGIS, MELIHAT SEGALANYA

DI MANA KESUDAHAN INI
PERANG YANG TIDAK MENGENAL MANGSA
PERIT MELIHAT RAMAI YANG MENDERITA
HATI LULUH HANCUR BERTANYA
DI MANA SILAPNYA INI SEMUA

DUNIA SEJAGAT SUDAH TAHU
BETAPA ZALIMNYA ZIONIS INI
KITA PERLU TERUS MENENTANG PERBUATAN INI
YANG MUSUHNYA PETUALANG BANGSA
AGAR TITISAN DARAH TIDAK MENGALIR LAGI

DI BUMI PALESTIN INI
AGAR RAKYAT TIDAK MENDERITA
DI BUMI PALESTIN INI
AGAR SEMUANYA SEPERTI BIASA
AMAN DAN MAKMUR
DI BUMI PALESTIN INI
KITA PERLU BERBUAT SESUATU
AGAR BUMI PALESTIN INI
TIDAK DIJAJAHI
AGAR MEREKA TIDAK HANCUR DIMAMAH BUMI

ADAKAH KITA MAMPU MELIHAT KEZALIMAN INI?
DI DEPAN MATA SETIAP MASA
RAKYAT YANG TIDAK BERDOSA
DAN TIDAK TAHU APA-APA

KITA MESTI HENTIKAN PERSENGKETAAN INI
AGAR NEGARA PALESTIN SELAMAT TERBINA
KITA TIDAK MAMPU
MELIHAT DARAH DAN PENGHINAAN INI
RAKYAT MELARAT DAN HIDUP SENGSARA
RAKYAT PALESTIN YANG TIDAK BERDOSA
HANYA MAMPU UNTUK BERDOA
MOGA-MOGA MEREKA TERPELIHARA
OLEH ALLAH YANG MAHA ESA

(dideklamasikan oleh Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal—hasil nukilan Datin Seri Shuryani Shuaib)


Add Image

Selasa, Mac 24, 2009

DEWASA VS KEANAK-ANAKAN ( II )

KAMU KEANAK-ANAKAN KALAU....

1) Berpakaian mengikut apa yang disukai dan ada kalanya tidak sesuai dengan majlis.

2) Setiap kali kamu membawa kereta kamu akan membuka radio sekuat hati sehinggakan orang di pinggir jalan pun boleh mendengar.

3) Menghabiskan semua wang saku @ gaji ubtuk dapatkan apa yang kamu mahu. Kamu tidak peduli bila tengah bulan terpaksa berhutang.

4) Emosi tidak stabil & mudah marah. Ketika memandu pantang ada kenderaan yang memotong kamu terus menurunkan tingkap dan meneriak kata-kata kotor.

5) Menekan minyak kuat-kuat sehingga kereta buny meraung-raung & suka melanggar lampu merah. Biasalah, cari perhatian....

6) Terasa diri sangat hebat & tidak ada kekurangan langsung.

7) Tidak mampu melupakan bayangan silam masa lalu & takut untuk menghadapi masa depan.

8) kamu hanya mahu orang lain terus menerus memahami kamu sedangkan kamu sendiri tidak pernah cuba untuk memahami orang lain.

9) Menganggap selagi ada 'perfume' di dunia ini tidak mandi 3 hari sah-sah akan dilakukan.

10) Menjadikan arak, ganja atau benda-benda yg tidak elok untuk meredakan tekanan.

11) Sering bersikap cemburu yg tidak tentu arah. Jangan ada yang lebih bijak dari kamu pasti akan jadi musuh.

12) Anti diprotes. hanya kamu sahaja di rasakan benar. Oleh itu jangan ada yang cuba-cuba bangkang apa yang kamu cadangkan. kalau diprotes juga kamu mengamuk ibarat angin puting beliung.

13) Apabila berhadapan dengan masalah selalu memilih jalan yang singkat tanpa memikirkan akibat yang akan ditanggung.

14) Masih malu-malu untuk berhadapan dengan orang dan tidak yakin bila bercakap.

15) Sentiasa fikir untuk berseronok sahaja dan tidak pernah fikirkan masa depan.

DEWASA VS KEANAK-ANAKAN ( I )

KAMU DEWASA KALAU....

1) Tahu berpakaian kemas & rapi tanpa perlu diingatkan serta tidak pernah mengeluh saat mengenakan pakain tersebut.

2) Tidak keberatan utk membawa anak-anak saudara kamu membeli belah & tidak lokek membelikan apa yang dimintanya.

3) saat mengalami kegagalan kamu tidak mudah menyerah sebaliknya menjadikan kegagalan tersebut sebagai satu pengajaran.

4) Tidak pernah malu untuk minta maaf setiap kali melakukan kesalahan.

5) Menyimpan sebahagian wang saku atau gaji untuk ditabung & tidak pernah lupa membahagi-bahagikan rezekinya kepada orang-orang yang kurang berkemampuan.

6) Sentiasa tenang apabila memandu & tidak mudah baran apabila ada yang cuba memotong

7) Mempunyai tujuan hiduo & tahu apa yang harus dilakukan untuk meraih impiannya.

8) Sedar akan kekurangnya tetapi tahu dirinya mempunyai segunung potensi yang boleh dikembangkan. Tidak ada perkataan putus asa dlm kamus hidupnya. Malah dia berusaha memperbaiki setiap kekuranganya.

9) Tetap tenang & sabar di saat berhadapan dengan masalah. Kamu tahu masalah tidak dapat diselesaikan andai kamu terus merungut.

10) Bertanggungjawab & bersedia menanggung sebarang akibat dari perbuatan kamu sendiri.

11) Kamu tidak sombong atau bangga diri apabila diberi pujian.

12) Biarpun pedas di kritik namun kamu menerimanya & anggap ia sebagai cara untuk kamu jadi yang lebih baik.

13) Berhubungan baik dengan semua orang tanpa memilih pangkat @ kedudukan seseorang

14) Kamu tidak pernah menyalahkan orang lain tanpa sebarang bukti yang kukuh.

15) Boleh berbincang sebarang topik dan isu..