Ahad, April 19, 2009

ILMU... APA ITU ILMU????

Apa itu ilmu?? Sejak dari kecil sehingga dewasa, malah sehingga ke peringkat akhir dewasa kita sebagai manusia akan menimba ilmu. Sama ada secara formal atau tidak formal mahupun secara langsung atau tidak langsung kita memperolehi ilmu dalam kehidupan sehari..Apa itu ilmu sebenarnya.. Tentu kita semua tertanya-tanya kan.. So, setelah menjalankan pencarian di website, dapatlah sedikit info mengenai ilmu daripada pakar motivasi..

Ilmu itu ialah APA yang kita tahu. Maklumat ialah BAHAN untuk ilmu. Dalam setiap pertukaran ilmu, ada penghantar dan penerima. Yang menghantar kerjanya memberitahu, menyampaikan. Penerima mengambil dan mungkin memprosesnya menjadi ilmu.

Otak kita boleh menerima jumlah maklumat tersebut dengan pelbagai cara mengikut kemampuan masing masing. Bandingan jenis otak yang mudah ialah:
*Otak cawan
*Otak telaga dalam
*Otak kerongkong


Otak cawan menerima maklumat seperti mana kita mencurah air ke dalamnya. Ada had dan limpahan selebihnya tidak berguna langsung.

Maknanya otak itu punyai had menyerap maklumat dan menyimpan ilmu. Jika sampai tahap maksima, otak itu sudah padat. Dengan terus mencurah masuk lagi maklumat adalah ibarat mencurah air ke daun keladi. Buang masa sahaja.

Otak Telaga Dalam membolehkan anda terus menerus memasukkan maklumat tanpa had.

Otak Kerongkong akan menerima maklumat sehingga satu tahap yang boleh membawa kesakitan kepada penerimanya, yakni penerimanya akan keliru. Lagi banyak dicurah semakin kelirulah jadinya.


Mungkin hamba Allah itu fikir dia sudah faham subjek yang sedang dipelajarinya sedangkan lagi banyak disumbat ke dalam kerongkongnya akhirnya dia akan tercekik. Lagi banyak disumbat bertambahlah deritanya. Sila rujuk nasib pelajar yang terpaksa disumbat maklumat Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.


Otak jenis mana yang anda milikki? Anda bertuah jika punyai Otak Telaga Dalam, kerana boleh serap banyak maklumat tanpa had. Jika anda rasa semakin banyak anda baca, semakin anda jadi keliru, ertinya anda punyai Otak Cawan atau jika anda sudah sasau kerana terlalu banyak membaca, mungkin otak anda jenis kerongkong.


Biasanya kita punyai Otak Cawan. Ada had tertentu yang menasabah. Segala maklumat yang kita serap diproses menjadi ilmu dan lama kelamaan membentuk pendapat dan sikap. Dengan terbentuknya sikap, jika ada maklumat baru, sikap itu bertugas sebagai penapis yagn mungkin menangkis maklumat yang tidak perlu.

Tiada ulasan: