Selasa, Mac 31, 2009

KUASA PENYEMBUH WARNA..

PUTIH
warna putih yang suci memberi perasaan selamat dan keselesaan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Dari aspek psikologi, warna putih boleh membantu membersihkan emosi tidak menentu dan mengalihkan minda kearah yang benar. Pengamal-pengamal meditasi biasanya menggunakan putih bagi menyeimbangkan sikap negative untuk melahirkan kesempurnaan dan kasih saying menyeluruh

Dalam makanan: makana yg sering dikaitkan dengan warna putih termasuk ubi kentang, ayam, ikan , tofu, beras perang organic, bawang putih, keju dan roti


MERAH
warna ini sering kali dikaitkan dengan kuatan daya hidup dan cita-cita tinggi. Juga dikenali sebagai warna ’hangat’, merah menyalurkan tenaga keyakinan dan biasanya menterjemahkan ciri-ciri kepimpinan seseorang. Dari aspek meditasi, merah mampu menyingkirkan sikap pentingkan diri sendiri, agresif dan kemarahan. Meditasi menggunakan warna merah untuk seseorang memberi tumpuan keterujaan. Apabila diaplikasikan di rumah misalnya bilik tidur, ia mungkin berupaya merangsang keghairahan tetapi juga insomnia dan kesukaran tidur. Namun, warna ni sesuai diaplikasikan dalam ruang yang dikhaskan untuk aktiviti fizikal seperti bilik senaman

Dalam makanan: sebagai warna perangsang tenaga fizikal seperti ceri, kubis merah, strawberi, tomato, epal, ubi bit


BIRU
menenangkan dan merehatkan minda. Warna kesukaan ramai. Biru berfungsi memberi perasaan tenang dan membuang segala duka di hati. Berfungsi membuangkan tenaga-tenaga negatif, biru dapat merangsang kepercayaan dan membolehkan anda membuat keputusan yang betul dalam kehidupan. Di rumah, warna ini sesuai digunakan di bilik tidur atau ruang kecil

Dalam makanan: boleh menenangkan tekanan. Antara makanan termasuk beri biru, anggur, plum


OREN
satu warna yang cukup menggembirakan, oren menyeimbangkan tenaga tubuh dan menghilangkan perasaan takut. Ia sebaliknya menggalakkan pertumbuhan idea-idea baru dan merangsang saraf tubuh. Untuk meditasi, warna oren boleh menyingkirkan rasa benci dan rungutan. Di kediaman, bilik yang digunakan sebagai hiburan atau belajar sesuai digunakan.

Dalam makanan: mampu merangsang minda dan menyeimbangkan emosi serta tenaga fizikal. Buah-buahan seperti aprikot, labu, lobak merah, mangga dan kunyit


KUNING
ciri-ciri warna kuning yang terang dan memberi perasaan gembira sudah tentu dikaitkan dengan tahap intelektual dan stimulasi fungsi mental seseorang. Dapat menyingkirkan perasaan depresi dan mengalakkan seseorang. Dapat menyingkirkan perasaan depresi dan mengalakkan sesorang bersikap optimistik. Dalam meditasi, digunaka untuk membuang kritikan negatif dan kesukaran menikmati kehidupan. Di rumah, dihadkan penggunaannya tetapi digunakan di ruang bacaan atau perpustakaan.

Dalam makanan: untuk merangsang semangat dari aspek mental dan fizikal. Buahan atau makanan seperti jagung, telur, lemon, pisang, nanas, prun


HIJAU
hijau adl warna alam dan warna yang melambangkan kasih sayang. Penggunaan warna ini dlam kehidupan seharian boleh merehatkan minda selain menyingkirkan tekanan sistem saraf dan otot. Jika anda impikan keharmonian, kecekapan dan mengasah kesabaran anda, hijau adlh warnanya. Hasad dengki dan rasa tidak selamat boleh disingkirkan menerusi meditasi warna ini. Penggunaan hijau dalam bilik yang memberi suasana rileks seperti bilik tidur atau dapur digalakkan.

Dalam makanan: warna hijau boleh mewujudkan keseimbangan kepada tekanan mental seseorang. Contoh, avokado, kekacang, lada hijau, brokoli, timun, buah zaitun


UNGU
seperti biru yang mendinginkan, ungu merangsang keupayaan seseorang terhadap pengetahuan terpendam. Dikaitkan dengan aspek spiritual seseorang. Dari konteks meditasi, ungu diaplikasikan untuk membuang perasaan geram dan menguatkan intuisi serta rasda tanggungjawab. Sesuai digunakan dalam perpustakaan atau bilik belajar

Dalam makanan: kismis, kurma, rumpai laut, terung

WARNA PELANGI YANG ADA PADA KAWAN

HIJAU – mereka ini adalah orang yang sentiasa melihat sesuatu daripada sudut yang positif. Mereka meletakkan harapan pada segalanya. Mereka memberikan ketenangan pada kita. Dalam keserabutan mereka seolah-olah membawakn kandil

BIRU – mereka datang dengan membawa kedamaian dan rasa tenteram. Mereka adalah warna biru yang selalunya menghiasi langit dan lautan

KUNING – mereka membawa keceriaan dalam hidup kita. Mereka datang dengan membawa pelbagai jenaka yang membuatkan kita tertawa. Mereka juga ibarat bintang yang mengerlip kan hidup kita tatkala kita bersedih

MERAH – mereka selalu mengingatkan kita tentang undang-undang kehidupan dan menyarankan kita berubah tatkala kita lemah dan tiada wawasan. Mereka datang dan membakar semangat kita untuk bangkit dan terus melangkah

OREN – mereka membawa penunu yg sentiasa menghangatkan keinginan kita untuk gemilang dan cemerlang. Mereka memberi kita tenaga dan vitamin untuk berkembang

KELABU – mereka mengajar kita untuk senyap, mendengar dan menerima keadaan. Mereka mengajar kita mengenali diri kita sendiri

UNGU – mereka adalah orang yang datang membawa kepintaran dan kebijaksanaan hinggakan kita turut menjadi pintar dan bijak sebagaimana mereka

COKLAT – mereka membantu kita undur tatkala patut berundur. Mereka memperlihatkan pada kita ilusi yg silap dan kembali berpijak di bumi yang nyata. Mereka juga mengajar kita untuk menikmati hidup seadanya

PUTIH – mereka membantu kita meneroka dalaman kita sendiri, belajar tentang suara hati serta kejujuran yang sedia ada di situ, yang selalu kita terlupa atau terlepas pandang

RAHSIA TARIKH LAHIR..

Tarikh lahir menerangkan siapa kita, apakah kelebihan dan apakah kebolehan kita. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga menjadi satu nombor tunggal..

Contoh: 28 Oktober 1986
28 + 10 + 1986 = 2024
2 + 0 + 2 + 4 = 8

1. KETULENAN
- hadir dengan idea baru
- memperoleh sesuatu dengan cara yang tersendiri
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi
- mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaanya adalah pemimpin atau bos
- bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.


2. PENDAMAI
- Dilahirkan sebagai diplomat
-mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengam,bil kira dirinya sendiri
-secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati
-mereka tidak suka bersendirian
-persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi
-golongan ini secara semula jadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung

3. CERIA
- mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibgawa berunding
- mereka suka memulakan sesuatu tapi jarang dapat menghabiskannya
- mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya
- mereka sangat popular dan idealistik
- golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik

4. KONSERVATIF
- golongan ini sangat peka dan tradisional
- mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin
- mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan
- mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian
- mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar
- mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan ada kala dianggap degil
- mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. PERINTIS
- mereka adalah perintis
- secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta bersemangat (enthusiasm)
- mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat
- dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu drp setiap situasi yg ditempuhi. Persoalan di fikiran tidak pernah berhenti
- golongan ini dnasihatkan untuk melihat sesuatu dgn teliti dan mendapat semua fakta sebelum buat keputusan

6. ROMANTIK
- golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira
- hubungan kekeluargaan yg kuat adl penting buat mereka
- perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka
- mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang
- mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik
- mereka suka seni muzik
- mereka menjadi teman yg setia kpd sesiapa yang menjalin persahabatan yang serius
- golongan ini harus belajar apakah yg boleh diubah dan tidak boleh

7. INTELEKTUAL
- golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yg tersembunyi dan sukar menerima sesuatu perkara dengan mudah
- perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka
- mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi tidak suka dipersoalkan
- mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian
- mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yg baik dlm menyelesaikan masalah
- mereka sangat suka berahsia
- golongan ini hidup dlm dunia mereka tersendiri dan perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar

8. PENYELESAIAN
- golongan ini adalah penyelesai masalah
- mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas
- mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik
- mereka sangat suka mengendalikan manusia
- mereka melihat manusia secara objektif
- mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua
- golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada keperluan orang lain

9. PELAKON
- golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain
- mereka sangat penyayang dan pemurah
- dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun
- mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling untuk memahami mereka
- mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
- mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan
- untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang




Isnin, Mac 30, 2009

KERINDUAN......

Di sini...aku terdiam resah
menghitung memanik rindu
menafsir dedebu kasih

SEBAGAI HAMBA ALLAH
aku rindu limpahan kasih rahmatnya
memohon seberkas ihsan untuk secebis
keampunan
memohon redhaNYA
atas segala
Lantas aku terpaku...
layakkah hamba daif ini dikabul doa???

SEBAGAI SEORANG ANAK
aku rindukan titian kasih sayang
dibanjiri belai kasih tidak bertepi
menjadi penghibur derita dan
penawar nestapa
jua kucuba mengamit redhaNYA
Lantas aku terdiam
merenungi hakikat anak soleh yang
masih kejauhan

SEBAGAI SEORANG SAHABAT
aku rindu untaian mesra
untuk mengundang serantai mesra ukhuwah
bersama mengisi derita jua bahagia
Namun aku tahu..
aku belum mampu menjadi insan bergelar
sahabat sejati

SEBAGAI SEORANG PELAJAR
aku rindukan segumpal kejayaan
agar mampu mengukir senyum juga pengharap
mencipta puas ibubapa tercinta
Jua mengering keringat
jerih perit pun aku cukup mengerti
aku belum bersedia

AKU

aku masih seperti dulu
tidak pernah berteman
sering bersendirian

aku....
masih seperti dulu
bertemankan kesepian
sering keseorangan

aku...
masih seperti dulu
berteman hati dan nurani
bertemankan air mata

aku...
masih seperti dulu
air mata teman setia
hati nurani teman suka
dan duka

aku..
masih seperti dulu
ingin berkawan
namun siapa yang sudi....

KETIKA KAU KATA....(2)

Ketika kau kata kau rindu aku
aku kata ada aku kisah.

Ketika kau kata kau sayang aku
aku kata ada aku kisah.

Ketika kau kata kau cinta aku
aku kata ada aku kisah.

***********************************************

Ketika kau kata kau tak inginkan perpisahan
aku kata ada aku kisah.

***********************************************

Ketika kau bawaku berjumpa keluargamu
aku kata ada aku kisah.

***********************************************

Ketika kau kata kau mahu mengahwiniku
aku kata ada aku kisah.

************************************************

Ketika kau kata hati kau terluka
aku kata ada aku kisah.

Ketika kau kata kau sedang berduka lara
aku kata ada aku kisah.

*************************************************

Ketika kau kata kau tak sayangku lagi
aku kata ada aku kisah.

Ketika kau kata kau sudah ketemu insan lain
aku kata ada aku kisah.

Ketika kau kata kau inginkan perpisahan
aku kata ada aku kisah....

************************************************

ADA AKU KISAH????
YA, aku kisah semua itu..............

MENGAPA aku kata ada aku kisah????

ADA AKU KISAH????
Memang aku kisah.....

Aku kisah dengan segala perhatian dan kasih sayangmu...
aku kisah dengan perpisahan ini....


APA AKU KISAH?????

YA AKU KISAH DENGAN SEGALANYA!!!!!!!!!!

KETIKA KAU KATA....(1)

Ungkapan ini tercetus ketika kite sedang berada di dewan kuliah psikologi, lecturer sedang cakap kat depan, kite berangan..hehehe.. so, jadi lah ia seperti.....


Ketika kau kata kau suka aku;
aku tanya mengapa kau menyukaiku.

Ketika kau kata kau rindu padaku;
aku tanya engapa kau merinduku.

Ketika kau kata kau menyayangiku;
aku tanya mengapa kau menyayangiku.

Ketika kau kata kau mencintaiku;
aku tanya mengapa kau mencintaiku.

Ketika kau membawaku keluar;
aku tanya mengapa kau membawa ku keluar.

Ketika kau menyatakan hasrat ingin mengahwiniku;
aku tanya mengapa kau nak berkahwin denganku.

Ketika kau memujukku;
aku tanya mengapa kau berbuat demikian.

AKHIRNYA...

Ketika aku bertanyamu
kau tanya mengapa aku suka bertanya begitu...
Ketika aku serius denganmu
kau tanya mengapa baru sekarang hatiku terbuka untukmu..,,

Apa yang harus ku jawab????

imaginasi sosial...

apa itu imaginasi sosial??

sebagai seorang ahli sosiologi, perkataan imaginasi sosial sering kali digunakan dan berlegar-legar di fikiran.. tetapi tahukah kita apa erti itu imaginasi sosial???

IMAGINASI SOSIAL
adalah 1 bentuk kemahiran untuk mengenalpasti pengaruh salingan dan pertalian di antara isu awam dengan isu peribadi..

ia melihat pola-pola umum dalam tingkahlaku sesuatu masyarakat..

segala tindakan idea, pemikiran dipengaruhi oleh masyarakat.....

maafkan daku....

sayang..
aku rindu padamu...
aku sayang padamu..
tapi
aku tak mencintaimu..

aku
sendiri keliru dengan perasaanku..
kenapa sukar sekali untukku
membuka pintu hatiku untukmu...
atau..
untuk insan bergelar lelaki...

aku tak merasakan getaran cinta..
atau adakah aku tiada perasaan
untuk bercinta...

aku keliru dengan perasaanku..
tetapi aku tidak tegar untuk melukai hatimu...
kau sungguh baik, tidak sampai hatiku
untuk mengecewakanmu..

aku dah sedaya upaya untuk menyayangimu..
tetapi hatiku masih tiada perasaan CINTA buatmu...

SEPI...

SEPI...
MENGAPA SEPI INI MELANDA DIRI
DI SAAT AKU KESUNYIAN... KESEDIHAN...

SEPI..
BILAKAH KAU AKAN PERGI
MENINGGALKAN AKU...
TINGGALKAN DIRI INI SECEPAT MUNGKIN..

SEPI...
BIARKANLAH DIRI INI DISELUBUNGI KEGEMBIRAAN..
DISELAPUTI KEBAHAGIAAN...

SEPI..
KAU MENGHILANGLAH..
BIARKAN DIRI INI DIPANCARI KEBAHAGIAAN..

TETAPI
BILA KAU MENGHILANG..
AKU MENCARIMU..

DI MANAKAH MU SEPI..
KE MANAKAH KAU PERGI...

SEPI... OH.. SEPI!!!

SEPI... OH... SEPHIA....

SEPHIA JANGANLAH KAU PERGI
TINGGALKAN AKU SENDIRIAN..
TIDAK SANGGUP AKU TERUSKAN KISAH INI..
TANPA DIRIMU SEPI......

TERIMA KASIH TUHAN...

TERIMA KASIH TUHAN
MEMBERIKU NAFAS SEHARI LAGI
BUAT KUBASUH KEPING HATI INI
DENGAN ZIKIR BUATMU
DENGAN RATIB MUNAJAT
AGAR ALPA YANG MERAJA
PUTIH SUCI BERBASUH


TERIMA KASIH TUHAN
MEMBERIKU NAFAS SEHARI LAGI
BUAT KU SAMBUNG TUGAS INI
MENABUR WANGI ILMU DI DADA
UNTUK ANAK BANGSA YANG MASIH DAHAGA


TERLALU BANYAK KAU LIMPAHI KAMI
KASIH SAYANGMU
TERLALU SEDIKIT ANTARA KAMI
SEDARI DAN SYUKURINYA
TERIMA KASIH TUHAN
MEMBERIKU SEKELUMIT SEDAR ITU

Ahad, Mac 29, 2009

BENARKAH LELAKI KINI KURANG KUALITI???

Sebenarnya saya dah menyampah dgn cerita poligami ini, tetapi saya tak mahu terlepas untuk membaca dan mengikutinya. Bukan saya benci cerita yang dipaparkan tetapi dah naik meluat dengan mereka yang terlibat dengan poligami ini...

Terutama sekali saya menyampah dengan suami yang dah beranak pinak tetapi masih nak kahwin lagi. Walaupun Islam menghalalkan, tetapi pada saya mereka yang mengamalkan poligami tidak mengikut sunah nabi. Mereka berkahwin dlebih dari satu semata-mata ikut nafsu. Tetapi mungkin bagi sebahagian orang je la.

Sebab apa saya berkata demikian?? ini sebab ramai lelaki zaman sekarang kurang bertanggungjawab. mereka mahu hidup senang tak mahu masalah dan suka lepaskan apa juga masalah kepada isteri untuk selesaikan.

Pada saya, si wanita tidak akan terjebak dengan suami orang kalau si suami tidak memulakan..

Kesimpulannya, kebanyakan lelaki melayu zaman ini bukanlah ketua dan pemimpin tempat anak isteri bergantung, kerana kebanyakan mereka jenis yang kurang berkualiti. Ini kenyataan bukan pembohongan...

Saya teringat pepatah orang tua-tua zaman dahulu yang mendakwa 'perempuan pisau cukur' tapi zaman sekarang perkataan itu sudah terbalik jadi 'lelaki pisau cukur'.

Sebagai contoh, orang lelaki ini, baru kenal dah pandai minta tolong, mulalah buat muka sedih, cerita masalah itu masalah ini, mulalah minta pelbagai jenis bantuan. Perempuan yang tak sedar diri, bila nampak pak we minta tolong, mulalah sangka lelaki itu sukakannya, mulalah hulur bantuan. Banyak duit ringgit habis pun mereka masih tak sedar diri, hinggalah mereka ditinggalkan kekasih baru menyesal kan.... lumrah kehidupan...

Bayangkan lelaki zaman ini, baru kenal dah mula minta tolong top-upkan telefon, lepas tu mulalah hantar sms je, paling tidak missed call je dan minta kekasihnya yang telefon... Itu baru 2,3 hari kenal..masuk seminggu mula pinjam duit. kalau ajak keluar berjalan minta perempuan belanja.. Konon duit hantar balik kampung kepada emak, tunjuk baik konon.. Tapi sebenarnya nak kebas duit perempuan..

Lagi teruk sudah ada trend lelaki zaman ini, kalau nak kahwin hendak cari gadis ada kerja tetap, gaji lebih tinggi daripada dia supaya dia boleh lepas tangan, tak perlu bagi nafkah kepada isteri, silap-silap isteri boleh tanggung suami sekali..

Zaman sekarang ramai lelaki yang tidak ketahuan hidupnya kalau tak ada isteri. Berbeza dengan wanita, hidup mereka lebih sempurna walau tidak kahwin..

MENGAPA masalah ini berlaku??? pada pandangan saya, ini semua mungkin daripada didikan masa kecil, xpunsebab diri sendiri. Kemungkinan ibu bapa lebih suka memanjakan anak lelaki daripada anak-anak gadis. Bayangkan lealki tak tahu buat kerja rumah, x tahu kemas bilik, rumah, macam-macam lagi la.. Anak-anak perempuan lebih cepat matang, tahu berfikir untuk kepentingan dan keselamatan orang dibawah jagaanya.. Bayangkan kalau lelaki malas nak basuh gelas yang digunakannya!!!!!!.. Tapi tak semua disebabkan didikan. Ada yang disebabkan diri sendir yang terlalu memanjakan dan memalaskan diri..

Bagi perempuan, janganlah mencintai atau bercinta dengan suami orang!!! jangan kerana takut digelar andartu, kita sanggup menerima mana-mana lelaki termasuk suami atau bapa orang.. dan lelaki yang tidak ada pekerjaan tetap.. terimalah lelaki yang dapat menjaga,, menjamin hidup dan melindungi kita walaupun dia hanya bekerja biasa asalkan tetap...

lelaki yang benar-benar sayangkan kita, akan menjaga kita, akan bertanggungjawab bukan sahaja kepada kita bahkan kepada keluarga kita juga..

Pesanan kepada kaum hawa, janganlah buta bila bercinta.. jangan tenggelam dengan janji-janji manis yang digulakan oleh lelaki.. dan merelakan diri diperalatkan untuk kesenangan lelaki..

Mungkin perceraian itu memeritkan, namun ada kalanya perceraian adalah satu permulaan untuk hidup yang lebih baik, yang menderita memang kaum wanita tapi yang benar-benar menerima impak adalah anak-anak...

memang tak semua lelaki melayu macam tu tapi suah nak cari yang benar-benar berkualiti macam zaman dulu... saya tak salahkan lelaki seratus peratus sebab saya juga bakal mendapat pasangan yang terdiri dari kaum lelaki..tetapi sama-sama la kita beringat..

kepada lelaki ubahlah sikap anda...sama seperti kami yang cuba menjadi terbaik...


(satu penceritaan dari penulis di celah-celah kehidupan..)

Jumaat, Mac 27, 2009

WATAK WANITA MELALUI HARI KELAHIRAN


Percayakah anda ada di kalangan kita yang melihat karakter seseorang berdasarkan hari kelahiran mereka. Dari situ, ia akan melihat sejauh mana kesinambungannya dari segi keserasian atau masa depan dan mengambil kira sama ada jodoh mereka boleh berpanjangan atau sebaliknya

Sama ada percaya atau tidak, masing-masing berhak menentukan sikap dan bakal pasangan yang akan memacu perjalanan hidup berdua.Apapun, berikut diperturunkan tafsiran daripada kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita mengenai hari kelahiran mereka sekadar untuk renungan. Jangan terlalu mempercayainya kerana ia mungkin dihasilkan sekadar untuk pembacaan.
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.
KHAMIS
Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi.Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.
JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain. Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.




UNTUKMU PALESTIN....

BUMI PALESTIN DIBASAHI DARAH
NYAWA DAN KEDUDUKAN DIKAUT BERSAMA
MALANGNYA NASIB ANAK-ANAK, IBU DAN AYAH
TERPAKSA DIBEDIL PELURU BERTUBI-TUBI
SABAN KETIKA…

GAZA HANCUR DIBEDIL PELURU
RAKYAT MENDERITA TIDAK TERPERI
KEJAMNYA TENTERA ZIONIS MENGHANCURKAN
NEGARAMU...


TANPA BELAS KASIHAN DAN TIMBANG RASA
MAKA AIR MATA KEHANCURAN DI MANA-MANA
MANUSIA TERPEKIK-PEKIK MEMINTA PERTOLONGAN
DAN PENUH SENGSARA
ANAK YANG TIDAK BERDOSA
MATI DI PUSARA
IBU MENDERITA, MENANGIS, MELIHAT SEGALANYA

DI MANA KESUDAHAN INI
PERANG YANG TIDAK MENGENAL MANGSA
PERIT MELIHAT RAMAI YANG MENDERITA
HATI LULUH HANCUR BERTANYA
DI MANA SILAPNYA INI SEMUA

DUNIA SEJAGAT SUDAH TAHU
BETAPA ZALIMNYA ZIONIS INI
KITA PERLU TERUS MENENTANG PERBUATAN INI
YANG MUSUHNYA PETUALANG BANGSA
AGAR TITISAN DARAH TIDAK MENGALIR LAGI

DI BUMI PALESTIN INI
AGAR RAKYAT TIDAK MENDERITA
DI BUMI PALESTIN INI
AGAR SEMUANYA SEPERTI BIASA
AMAN DAN MAKMUR
DI BUMI PALESTIN INI
KITA PERLU BERBUAT SESUATU
AGAR BUMI PALESTIN INI
TIDAK DIJAJAHI
AGAR MEREKA TIDAK HANCUR DIMAMAH BUMI

ADAKAH KITA MAMPU MELIHAT KEZALIMAN INI?
DI DEPAN MATA SETIAP MASA
RAKYAT YANG TIDAK BERDOSA
DAN TIDAK TAHU APA-APA

KITA MESTI HENTIKAN PERSENGKETAAN INI
AGAR NEGARA PALESTIN SELAMAT TERBINA
KITA TIDAK MAMPU
MELIHAT DARAH DAN PENGHINAAN INI
RAKYAT MELARAT DAN HIDUP SENGSARA
RAKYAT PALESTIN YANG TIDAK BERDOSA
HANYA MAMPU UNTUK BERDOA
MOGA-MOGA MEREKA TERPELIHARA
OLEH ALLAH YANG MAHA ESA

(dideklamasikan oleh Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal—hasil nukilan Datin Seri Shuryani Shuaib)


Add Image

Selasa, Mac 24, 2009

DEWASA VS KEANAK-ANAKAN ( II )

KAMU KEANAK-ANAKAN KALAU....

1) Berpakaian mengikut apa yang disukai dan ada kalanya tidak sesuai dengan majlis.

2) Setiap kali kamu membawa kereta kamu akan membuka radio sekuat hati sehinggakan orang di pinggir jalan pun boleh mendengar.

3) Menghabiskan semua wang saku @ gaji ubtuk dapatkan apa yang kamu mahu. Kamu tidak peduli bila tengah bulan terpaksa berhutang.

4) Emosi tidak stabil & mudah marah. Ketika memandu pantang ada kenderaan yang memotong kamu terus menurunkan tingkap dan meneriak kata-kata kotor.

5) Menekan minyak kuat-kuat sehingga kereta buny meraung-raung & suka melanggar lampu merah. Biasalah, cari perhatian....

6) Terasa diri sangat hebat & tidak ada kekurangan langsung.

7) Tidak mampu melupakan bayangan silam masa lalu & takut untuk menghadapi masa depan.

8) kamu hanya mahu orang lain terus menerus memahami kamu sedangkan kamu sendiri tidak pernah cuba untuk memahami orang lain.

9) Menganggap selagi ada 'perfume' di dunia ini tidak mandi 3 hari sah-sah akan dilakukan.

10) Menjadikan arak, ganja atau benda-benda yg tidak elok untuk meredakan tekanan.

11) Sering bersikap cemburu yg tidak tentu arah. Jangan ada yang lebih bijak dari kamu pasti akan jadi musuh.

12) Anti diprotes. hanya kamu sahaja di rasakan benar. Oleh itu jangan ada yang cuba-cuba bangkang apa yang kamu cadangkan. kalau diprotes juga kamu mengamuk ibarat angin puting beliung.

13) Apabila berhadapan dengan masalah selalu memilih jalan yang singkat tanpa memikirkan akibat yang akan ditanggung.

14) Masih malu-malu untuk berhadapan dengan orang dan tidak yakin bila bercakap.

15) Sentiasa fikir untuk berseronok sahaja dan tidak pernah fikirkan masa depan.

DEWASA VS KEANAK-ANAKAN ( I )

KAMU DEWASA KALAU....

1) Tahu berpakaian kemas & rapi tanpa perlu diingatkan serta tidak pernah mengeluh saat mengenakan pakain tersebut.

2) Tidak keberatan utk membawa anak-anak saudara kamu membeli belah & tidak lokek membelikan apa yang dimintanya.

3) saat mengalami kegagalan kamu tidak mudah menyerah sebaliknya menjadikan kegagalan tersebut sebagai satu pengajaran.

4) Tidak pernah malu untuk minta maaf setiap kali melakukan kesalahan.

5) Menyimpan sebahagian wang saku atau gaji untuk ditabung & tidak pernah lupa membahagi-bahagikan rezekinya kepada orang-orang yang kurang berkemampuan.

6) Sentiasa tenang apabila memandu & tidak mudah baran apabila ada yang cuba memotong

7) Mempunyai tujuan hiduo & tahu apa yang harus dilakukan untuk meraih impiannya.

8) Sedar akan kekurangnya tetapi tahu dirinya mempunyai segunung potensi yang boleh dikembangkan. Tidak ada perkataan putus asa dlm kamus hidupnya. Malah dia berusaha memperbaiki setiap kekuranganya.

9) Tetap tenang & sabar di saat berhadapan dengan masalah. Kamu tahu masalah tidak dapat diselesaikan andai kamu terus merungut.

10) Bertanggungjawab & bersedia menanggung sebarang akibat dari perbuatan kamu sendiri.

11) Kamu tidak sombong atau bangga diri apabila diberi pujian.

12) Biarpun pedas di kritik namun kamu menerimanya & anggap ia sebagai cara untuk kamu jadi yang lebih baik.

13) Berhubungan baik dengan semua orang tanpa memilih pangkat @ kedudukan seseorang

14) Kamu tidak pernah menyalahkan orang lain tanpa sebarang bukti yang kukuh.

15) Boleh berbincang sebarang topik dan isu..

Sabtu, Mac 21, 2009

MAKNA AIR MATA INSAN

PERNAHKAH ANDA MENANGIS???

tentu ramai yang sering mengeluarkan air mata kan??
tapi apakah punca dan sebabnya??
Menangis adalah fitrah manusia, setiap tangisan ada harga dan nilai yang tersendiri....
ALLAH yg menciptakan ketawa dan tangisan....

BAYANGKAN jika air mata tak berhenti mengalir, banjirlah dunia ini.....

Menurut IBNUL QAYYIM ada beberapa jenis tangisan;--

menangis kerana kasih sayang & kelembutan

menangis kerana rasa takut

menangis kerana cinta

menangis kerana gembira

menangis kerana mengahdapi penderitaan

menangis kerana terlalu sedih

menangis kerana terasa hina dan lemah

menangis untuk mendapat belas kasihan orang

menangis kerana mengikut orang menangis

menangis orang munafik..(bepura-pura)


ANDA dalam kategori yang mana???
tapi saya percaya ramai yang menangis apbila ditingallkan kekasih...

*** ada jenis tangisan yg nampak biasa tetapi ia dpat memadamkan api neraka...

Ini disahkan dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya:"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali ALLAH mengharamkan tubuhnya dari api neraka... Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori debu kehinaan, apabila seseorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akn dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar & balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka." -- Tangisan kerana takut ALLAH.

bersama maypartner..

20 mac 2009 ,
kite ada interview dengan maypartner pukul 9.15 pg dekat bilik kerjaya....

masa miss chow call sebelum tu, gabra gak, ye la, takut beb apa akan tanya dlm interview nanti...
fisrt time kite p masuk bilik kerjaya (kat sebelah dewan bankuet usm)) fuh, bukan main susah nak cari bilik tu, sampai miss chow n her frenz pun tercari-cari bersama-sama kite n beberapa orang lagi... tu la, x p lawat semua tempat dlm USM ni, hehee......
anyway, thanks to miss chow sebab xde le tanya soalan 'pelik-pelik' masa intervew tu.... takut gak, gabra , pe perasaan yg xde, satu je xde perasan... tapi kite masih cool, kena cool beb, biaq dlm hati Tuhan je yg tahu....


harap2 i get this job.... sebab masa makin menghampiri....

Jumaat, Mac 20, 2009

HIDUP YANG ABADI CUMA 2 TEMPAT...

  • Kekal di dalam neraka.

  • Kekal di dalam syurga.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN.....

  • Hidup dalam keredhaan Allah.

  • Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS....

  • Nafas Naik. Nafas Turun.


Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI....

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan
Esok ~ Hari yang belum pasti



Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua....

Rabu, Mac 18, 2009

CINTA DI PANTAI JEREJAK .... (~_*)


TELAH BERBULAN LAMA
DI BAWA ARUS MASA
DI DALAM INGATANKU
MASIH SEGAR TERASA.....
**************************************
TERKADANG AKU SAMA
MENGUTIP BUNGA CINTA
KEADAAN MERAPATKAN KITA
NAMUN... AKHIRNYA KITA
TERPAKSA BERPISAH JUA....
****************************************
ANDAINYA AKU BERDAYA
KAN KUCORETKAN UNTUKMU
MEMORI KITA BERSAMA
SEBAGAI KENANGAN..
KANKU BUKTIKAN UNTUKMU....
*****************************************
KUUKIR NAMAMU
DI PASIR PANTAI JEREJAK
DI SAKSIKAN LAUT YANG MELAMBAI
JAUH PANDANGAN PERMAI
DI SITU JAMBATAN PULAU PINANG
TERKENANG PERISTIWA
CINTA KITA BERSEMI....
*********************************************
OH !!! INDAHNYA... KENANGAN...
CINTA KITA DI BUKIT HIJAU...
OH !!! OH !!!
********************************************
MASIH INGATKAH OH KEKASIH
BIARPUN KINI KAU JAUH DI MATA
NAMUN DENGARLAH CORETAN INI
CINTA KITA DI PANTAI JEREJAK....

Isnin, Mac 16, 2009

Patung yang cute and memalukan.......

satu hari tu, aku & member2 ku p la jalan-jalan kat pacific yang baru bukak kat komtar tu,
masa tengah jalan tu, tiba2 aku dan maa ternampak satu patung ni...
cute n comel je, lebih-lebih lagi pink coler u....
kitaorang pun p la dekat patung tu, rupanya patung tu adalah lampu hiasan... tapi yang membuatkan kami semua tersenyum and tergelak adalah rekabentuknya yang menarik...
mesti semua boleh agak kan, bila tengok patung tu kat bawah ni....


x sangka ye,,, ada gak patung direka sedemikian rupa... ekploitasi kaum lelaki pun ade gak tu... memalukan pun ada....but patung tu membuatkan kami ketawa besar...
hahahaha....
aku yakin, kalau sesiapa tengok pun pasti akan tegelak.. n bagi lelaki mungkin diorang malu kot, ye lah kepunyaan mereka ditayang percuma.....
(~_*)

sambungan kisah "perginya seorang makhluk yg kerdil"

Ini adalah sambungan kisah keluaran 24 februari 2009 kalau tidak silapku....
makhluk kerdil itu telah pergi untuk selama-lamanya dengan begitu tragis... sesiapa yang melihatnya pasti tidak dapat menahan diri daripada loya ( xplg teruk muntah terus)....
kesian padanya... tapi itulah suratan ilahi......
Ketika post ini ditulis, ku lihat, bangkainya sudah tiada lagi... mungkin sudah dibuang oleh pekerja-pekerja ataupun dibaham dek kucing atau seangkatan dengannya.....
.
mungkin ketika ini keluarga nya masih meratapi ataupun mungkin masih mencari akan dirinya...
Makhluk tersebut adalah...........
dibawah......
(T_T)

Jumaat, Mac 13, 2009

13 mac 2009 pasti dikenang...

dah lama aku x update blog ni... bukan x nak update tapi biasa ler, line internet kat desa fajar ni enta le... diserang virus pe entah... kul 2, 3 pagi pun still x dapat nak upload pe2..heran gak... low sesangat le...

tapi hari ni, aku nak kongsi pengalaman p interview keje.. actual ni pengalaman kedua... interview tu kat prai, berdebar gak, ye lah, cheq ni xde pengalaman kan, just nak try le..mana tau rezeki dapat kan...

so pagi tu aku pun pergi la dengan ditemani teman tapi mesra ku..hehe... aku ditemuduga oleh manager berbangsa cina, nasib baik dia cakap campur2, faham lah gak.... tapi aku harap aku dpat ler..sebab aku memang tengah cari kerja kat penang ni... ade sape2 boleh bantu x???



satu je, aku xsempat ambik gambar kt ofis tu tadi, tp ofis tu ok la, nak masuk pun guna pintu berkod, cuma dalam ofis tu kosong je, baru bukak kot...

i hope i can get job quickly sebab aku xmahu jadi penganggur terhormat......

(%_")