Sabtu, April 04, 2009

cinta is love??

Justify Full
Kepada yang masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kau biarkan ia terbang,
ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti.
Tapi cinta itu hanya istimewa apabila
kau berikan cinta kepada
seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .
Cinta bukannya mencari
seseorang yang "SEMPURNA",
tetapi menemukan seseorang yang mampu
menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yang dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tidak berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... luka... hancur.. patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka
sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya,
bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil
dan di hayati sebagai
pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah!
Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil.
Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi
bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat
orang yang kau cintai
berbahagia dengan orang lain,
tetapi akan lebih sakit lagi
apabila mengetahui bahawa
orang yang kau cintai
ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan
bila anda putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi
bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan
apabila Orang yang kau cintai
langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup
ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari
bahawa dia bukanlah jodohmu
dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun
dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan..
aku!
semoga kau tenang dan aman di sana!


2 ulasan:

lydia berkata...

bgmn pula klu cinta dikhianati...?

adeq_sue berkata...

lydia.. kalu cinta dikhianti..maknanye cinta itu bukan cinta sejati.. xperlu ditunggu dengan cinta ini kerana hati hanya akan terluka... lupakan terus je cinta sebegini, jangan diingati tetapi khianati lah jua cinta itu n cari lah cinta yang baru...bunuh je cinta sebegini termasuk segala memori bersamnya... walau perit tetapi itulah cinta....