Rabu, April 01, 2009

CEPATNYA MASA BERLALU....

Cepatnya masa berlalu... jika dulu ketika pertama kali melangkah masuk ke sini, aku betul-betul tertekan, rindukan keluarga, nak balik kampung selalu... tetapi kini...aku xnak lagi melangkah pergi...

aku masih sayangkan tempat ini (USM masih di hati ku)... tak bolehkah dihentikan masa??????

mengapa cepat sangat masa berlalu.. kenapa cepat sangat semester 6 ini??? pejam celik semester 6 bakal tiba ke penghujungnya tetapi perjalanan hidupku baru hendak bermula..

Sesungguhnya aku belum bersedia lagi untuk meninggalkan usm ini.... arghhh tensionnya..sedihnye... kenapa cepat sangat masa berlalu???

Aku mengaku dulu, aku ingin cepat-cepat habiskan study ku, dan pergi dari sini, lebih2 lagi ketika aku amat2 membenci seseorang (mungkin pernah bertahta di hati ini).. tetapi kini walaupun aku masih bersemuka dengannya dan masih tak dapat melupakannya, tapi aku dapat mengawalnya... aku tidak mahu lagi meninggalkan tempat ini..

aku suka life kat penang ni, di tepi pantai... disinari bulan dan bintang di tepi pantai waktu malam..mengamit seribu memori.. Tetapi kenapa ketika memori itu sedang mekar, aku terpaksa melangkah pergi meninggalkan tempat ini...

Kenapa masa begitu cepat berlalu??? tanpa disedari sudah 3 tahun ku berada di USM, Pulau Pinang... Aku ingin terus berada di sini sampai masa yang menentukannya...

Tapi siapalah aku untuk melawan takdirNYA... AKu terpaksa akur dengan suratan. Lambaian USM semakin dekat, tapi bersediakah aku untuk melangkah keluar dan memasuki alam perkerjaan??

Mungkin jika ada rezeki, aku akan terus menyambung pelajaranku USM... tetapi...bernasib baikkah aku???

memang suatu hari aku akan meninggalkan tempat ini bagi masa depanku, tetapi sesungguhnya buat masa ini aku belum cukup bersedia untuk meninggalkan tempat ini... Kenapa masanya sudah tiba??? bulan april sudah menjelma maka segala kenanganku di sini bakal menjadi memori.. entah bila dapat kakiku melangkah masuk sini lagi....

5 ulasan:

NAMYZ YUSMA berkata...

tol 2..
xbsedia lagik!!
nk tittle 'student' smpai bile2..
hehe..
study malas..tapi nk blaja lagik..hehe

Pancasara berkata...

Setiap beginning akan ada ending...dan setiap ending akan ada beginning yang baru...

Just anggap ni ending untuk satu beginning. Ada banyak lagi beginning yg sedang menunggu untuk ditempuh.

Semalam adalah kenangan.
Hari ini adalah kenyataan.
Esok adalah impian.

Semalam adalah memori.
Hari ini adalah realiti.
Esok adalah fantasi.

Regarding kata pujangga kat sebelah blog awak ni,

"JUDGE A MAN BY HIS QUESTIONS RATHER THAN BY HIS ANSWERS"

Saya peminat Voltaire, walaupun ada falsafah dia yang saya tak setuju, terutama pandangan dia pasal Nabi Muhammad S.A.W.

Rasanya awak dah salah taip tarikh lahir dia. The correct one is

(Voltaire 1694-1778)

bukannya

(Voltaire 1064-1778)

Maybe typing error jek kot.

Apa-apa pun, good luck in your exam.

izaaiza86.blogspot.com berkata...

to pancasara, walaupun kita xkenal but thanks for ur kata2 tu n information aboout tarikh lahir dia tu, tapi yang saya paparkan bukannlah tarikh lahir dia, tapi saya pun xbape pasti, maybe kajian dia mengenai pe kot, sebab saya get it dalam pembelajaran saya.. but saya suka bila mendengar awak adl peminat dia, mungkin awak boleh share kata-kata dia dgn saya??

Pancasara berkata...

Awak tulis (Voltaire 1094-1778) kan?

Voltaire lahir tahun 1694, meninggal tahun 1778 (1694-1778)Rasanya mmg berkaitan tarikh lahir dan kematian dia. Sebab tahun 1094 dia belum lahir lagi.

Saya mula minat Voltaire dari tulisan dia pasal Louis XIV. Voltaire terima influence dari Shakespeare masa dia di England.

Ada banyak quote dari Voltaire...dia penulis yang prolifik. Tapi yang paling saya minat

"Lord, protect me from my friends...I can take care of my enemies" - Voltaire

Dia ingatkan kita supaya hati2 dengan kawan...sebab ada masa kawan baik kita sendiri boleh backstab kita, dan luka tu lagi teruk dari ditikam oleh org yang kita benci.

Jgn trust somebody 100%...walaupun org tu org yg plg kita sayang. I'm speaking from my real experience :)

"When he who hears does not know what he who speaks means, and when he who speaks does not know what he himself means, that is philosophy." - Voltaire

Kita mmg tak kenal...somehow saya tersesat masuk sini.Hehee.Tapi saya rapat dengan beberapa senior awak...some of them are my best friends.

Keep writing okey...:)

NAMYZ YUSMA berkata...

bile bace komen Pancasara nie..tetibe berminat nak tau pasal Voltaire ni lak...